Thursday, January 26, 2012

Nostalgia - Rumah Kecil Batu Kapur


Bismillahi Ar-Rahman Ar-Rahim


Kelmarin-selasa, saya mengikut emak menghantar si bongsu ke asrama. Selepas urusan medical check-up, emak mengajak abang terus pergi  rumah Mak Nah, keluarga angkat adik-beradik kami di  Kampung Batu Kapur untuk berziarah.


Mak Nah hanya tinggal bersendirian sementara K.Mas- anaknya yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pulang ke Johor Bharu. Mak Nah menjamu kami dengan buah langsat yang diambilnya dari pokok yang ditanam sendiri.


Mak Nah kemudian bercerita yang dia dan anak-anak yang lain, baru-baru ini   mengail di kolam dibelakang rumah yang sudah ditebas-tebas semak samun, menjadikan kawasannya sudah lapang dan bersih.


Sebenarnya, sebelum kami berpindah di rumah kini, kami sekeluarga menyewa di rumah kecil, milik Mak Nah yang terletak di  belakang rumah Mak Nah, juga sangat hampir dengan kolam ikan serta sungai Semantan. Emak terus mengajak saya dan abang untuk melihat kembali kolam yang sekian lama tidak kami jenguk.





Kata emak, sewaktu saya kecil-kecil dahulu, terdapat banyak itik-itik yang berenang didalamnya. Minda saya seakan berputar mengingati waktu lalu. Meskipun  sedar saya ketika itu sangatlah kecil, berumur tiga tahun lebih, namun memori saya seakan-akan 'ada' peristiwa tersebut. Seperti ternampak-nampak pula itik-itik didalam kolam ini. 


Bila ditanya pada emak, kenapa saya seperti pernah melihat kolam ini dan banyak perkara yang tidak saya ketahui,  Mak Nah  lantas menjawab saya ketika itu masih berada dalam dukungan lagi, dan masih lagi berstatus 'bongsu'. Dan emak sudah berangan, hujung minggu akan kesini untuk memancing ikan dengan abah. =)





Bersebelahan dengan kolam ini, ada sebatang anak sungai yang datangnya dari sungai Semantan. Sewaktu keluarga kami masih menyewa dirumah kecil itu, setiap tahun pasti sahaja rumah kami dinaiki air kerana hujan lebat yang menyebabkan air sungai ini melimpah. Malah, minda saya juga seperti ada peristiwa saya menaiki bot, turun dari rumah kecil kami, bersama abang-abang dan kakak-kakak yang lain.




Inilah rumah kami. Tak pasti pula yang disebelah kanan atau kiri. Ketika itu, kami hanya berlima beradik, bersama emak dan abah. Sungguhpun ia telah lama berlaku dan saya masih tersangat kecil untuk memahami setiap peristiwa yang berlaku, tetapi setiap kali kaki saya berkunjung ke kampung ini, ada satu perasaan yang sukar untuk saya tafsirkan.


Mungkin itu adalah terjemahan rasa, kesan dari peristiwa ini menjadi sebahagian dari sejarah hidup saya. Malah menjejakkan kaki disini pun saya sudah terasa damai.  Membayangkan segala penat lelah emak dan abah untuk menukarkan rumah kecil ini menjadi rumah sekarang bukanlah mudah. Ia adalah pengorbanan dan segala susah payah yang berganda.. Pada Allah jualah segala rahmat dah kasih sayangNya untuk mereka berdua.


Minggu-minggu terakhir saya dirumah, ada rasa hiba. Kalaulah saya tidak pergi, dan menjadi 'tukang masak' untuk emak dan abah hari-hari pun takpe. Tapi itu sesuatu yang mustahil, perlu berdikari dan saya ada masa depan sendiri.


"Nanti bila awak dah pergi, tinggallah emak dan abah je berdua '' - kata emak sewaktu saya menonton tv bersamanya. Alahai emak...


..........................................................................................................................


* Berhadapan dengan kematian yang mengejut tanpa apa-apa tanda pada orang terdekat buatkan saya terfikir satu perkara. Sebenarnya, hari esok tiada untuk kita. Kalau adapun hari esok adalah kerana  rahmat dan kasih sayang Allah untuk meneruskan nafas kita, namun tidak bermakna kita tidak perlu untuk berhenti merancang masa hadapan.


* Belajar hargai hidup. Belajar hargai orang sekeliling. Satu tabiat yang sudah sebati sepanjang hampir enam bulan saya dirumah, setiap hari rabu, pada jam 10 pagi, saya akan mewajibkan diri saya untuk mendengar motivasi dari Prof Muhaya di radio IKIM. Mendengar masalah dan keluhan orang orang lain, membuat saya terfikir, kuatkah saya menghadapinya kalau saya ditempat mereka. Pada Allah jualah memohoh kekuatan.


* Baru saya teringat, cuti raya cina ada peristiwa yang berlaku lima tahun lalu. Kenangan memang best untuk dikenang, lagi-lagi kalau kenangan yang membuatkan kita senyum sampai ke telinga. Sekejap je rasa, sedar-sedar sudah lima tahun berlaku. Hmmm..


* Saya ajak  kawan cipta azam yang best tahun ini - Suluh-suluh 'jodoh'.
Boleh pulak dia gelak, hei, orang serius lah. hahaha!




Ismiizzah
26 Jan 2012
11.25 p.m
rumah

1 comments:

niey said...

suluh-suluh jodoh? seperti menarik! cuba terangkan secara terperinci lagi...hahaha~

eh, skrng di mana dan buat apa? jangan diam sgt yea...~