Bismillahi Ar-Rahman Ar-Rahim
If you haven’t seen this city, you haven’t seen the most beautiful one yet’ – Amasya Guide Book
Ok, pertamanya saya minta maaf, kerana saya tidak mahu teruskan catatan Turkey mengikut hari kerana saya merasa sedikit bosan dan terpaksa mencari mood yang banyak untuk teruskan menulis. Tetapi saya akan teruskan menulis mengikut tempat yang telah kami lawati, mungkin itu lebih menarik.
Tempat pertama yang saya mahu ceritakan adalah Amasya. Walaupun suku kata terakhirnya ‘sya’, namun menyebutnya ‘si’ dan ‘ya’, seperti Malaysia, kita menyebutnya ‘Malaysya’ dan Amasya adalah Ama-’siya’. Hah, cuba sebut sekarang… =)
Semasa perbincanga tempat yang akan dilawati, saya dicadangkan beberapa tempat, antaranya Amasya. Lalu saya menggoogle tempat ini dan membaca sidikit sejarah tentangnya. Kali pertama melihat pemandangan disana, saya sudah jatuh cinta.
Walaupun kami pergi kesana pada hari ke tujuh, 8 ogos 2011, disebabkan saya benar-benar jatuh cinta amat pada tempat ini, saya tuliskan tentangnya dahulu.
Kami bergerak ke sana pada waktu malam, kira-kira jam 11 atau 12. Ketika itu kami di Cappadocia (nanti saya cerita mengenai tempat ini). Kami bergerak dari Cappadocia ke satu stesen bas kemudian dari situ bas akan berhenti di sebuah kampung, dari kampung itu kami akan menaiki Coster lebih kurang 45 minit ke Amasya. Kami bergerak dari stesen itu kira-kira pukul dua pagi.
![]() |
| Menanti bas yang akan bergerak pada jam dua pagi. |
Perjalanan malam hanya kami penuhi dengan tidur. Bas berhenti entah dimana pada pukul 4 lebih untuk bersahur dan solat subuh. Perjalanan ke Amasya dirasakan sangat panjang. Entah beberapa kali saya tersedar, masih tidak sampai- sampai ke sana.
Kira-kira lepas subuh, dalam pukul lima lebih, rasa mengantuk sudah hilang. Saya lebih banyak menghayati pemandangan di luar yang ketika itu sudah cerah. Subhanallah, cantiknya Allah sahaja yang tahu. Tanah di luar ibarat permaidani bunga matahari yang sangat indah. Sungguh menakjubkan apabila kesemua bunga- bunga matahari itu menghala ke satu posisi yang sama, mahu mencari cahaya matahari.

Kami sampai di stesen bas di tempat itu kira-kira pukul 8 pagi. Selesai siap-siap membersihkan diri, kami terus menaiki Coster ala-ala Coster di Irbid untuk ke Amman. Di stesen ini juga kami bertemu dengan seorang pak cik yang pandai berbahasa arab, apalagi kami pun berbasi-basi berbahasa arab dengannya.
Dari dalam Coster, kami lebih banyak memerhati pemandangan luar yang penuh dengan tanaman. Amasya adalah sebuah tempat yang kaya dengan ladang epal. Kesuburan epal yang ditanam di Amasya menjadikan epal sebagai mercu tanda tempat ini.
Mungkin bukan rezeki kami, epal-epal diladang ketika itu masih tidak masak dan baru berputik. Ianya akan ranum ketika musim sejuk nanti, iaitu pada bulan Januari atau februari . Kalau tidak, kami akan menikmati sepuasnya diladang epal yang besar. (Teringat pada cerpen Faizal Tehrani, komsas tingkatan 4, ‘Kerana Manisnya Epal’)
Perasaan saya memang sangat-sangat tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke tempat ini. Sebelum ke Turkey pun, mulut tidak berhenti-henti menyebut Amasya dengan teman-teman rumah.
Sampai sahaja ke bandar ini, dari jauh lagi sudah nampak keindahan dan kecantikan serta kehebatan kuasa Allah yang menjadikannya. Uniknya dengan bandar ini adalah kerana suasananya yang tenang. Malah sebatang sungai yang berada ditengah-tengah bandar menambahkan lagi panorama indah pada bandar ini disamping berlatar belakangkan gunung-ganang yang menghijau.

Rumah-rumah (Yaliboyu Houses) disepanjang sungai ini adalah reka bentuk rumah lama kerajaan Uthmaniah yang kini dijadikan hotel. Bentuk rumah yang menjadi peninggalan sejarah itu terus dijaga oleh kerajaan Turkey hari ini sebagai menjadi tarikan pelancong dan serta mercu tanda kerajaan Uthmaniah.
Kami check in hotel, kemudian terus ke detinasi pertama kami iaitu Masjid. (SaraƧhane Camii).
Masjid ini mungkin antara masjid tertua di Turkey. Ruang solat masjid ini tidaklah besar mana. Kelihatan seorang lelaki sedang membaca Al-Quran. Melihat wajahnya yang muda, memang tidak menyangka bahawa dia imam disitu. Kemudian kami hanya membiarkan dia bersembang dengan Irfan sementara kami meninjau disekeliling kawasan.
| Ketika masuk masjid, dia sedang khusyuk membaca Al-Quran. |
Sebenarnya saya lupa tentang sejarah masjid ini. Tiada pula catatan yang dibuat dalam buku. Menyesal pula rasanya. Namun yang pasti, masjid ini memang sudah lama,dibina pada tahun1372 semenjak pemerintahan Uthmaniah lagi. Malah ditepi masjid ini juga terdapat beberapa buah kubur.
| Kenangan bersama seorang nenek dan cucunya. Sangat ramah dan suka tersenyum. |
| Pemalu sungguh budak ni. Tak ingat dah namanya, tapi manja sangat dengan neneknya. |
Usai berada dimasjid, kami berjalan ditepi-tepi sungai sambil melihat pemandangan ciptaan tuhan. Suasananya memang ala-ala romantik., sampaikan salah seorang dari kami menyebut
‘tempat nie sesuai untuk orang nak pergi berbulan madu …’
Berbulan madu?
Kami masing-masing ketawa.
Selain sungai dan gunung ganang yang menghijau, di Amasya juga terdapat tasik, air terjun, kolam air panas malah ketika musim sejuk, salji akan turun ditengah-tengah bandar ini! Memang tidak hairanlah bandar ini sangat sesuai untuk mencari ketenangan dan ilham (bagi yang minat menulis). =D
Selain pemandangan yang sangat menarik, orang-orang Amasya juga cantik-cantik dan kacak-kacak. =D. Berbeza suasana pemandangan masyarakatnya dengan masyarakat di Istanbul. Malah pakaian yang dipakai mereka masih sopan dan tidaklah terlalu menjolok mata. (pada pandangan saya lah.. hehe)

Suatu ketika dahulu, ketika dizaman pemerintahan kerajaan Turkey Uthamaniah, Amasya adalah tempat yang dijadikan oleh sultan-sultan untuk melatih putera-putera mereka sebagai gabenor sebelum dilantik sebagai sultan. Malah Sultan Muhammad Al-Fateh juga pernah menjalani latihan sebagai gabenor disini dan beliau datang bersama guru agamanya.
Selain menjadi pusat latihan gabenor, selepas Islam tersebar meluas ke kawasan Eropah dan asia, Amasya menjadi pusat penghijaran mereka masyarakat disana. Maka, tidak hairanlah orang-orang di Amasya cantik dan hensem kerana sudah bercampur keturunan yang pelbagai.
Selepas bergambar, kami teruskan kembara dengan melawat museum diseberang sungai dan perlu melalui jambatan untuk kesana. Sehzadeler Museum (sempena nama anak sultan) , bangunannya telah dibina pada tahun 1800-an. Muzeum itu menempatkan patung-patung replika sultan-sultan zaman Uthmaniah. Beberapa sultan yang pernah memerintah Uthamniah ada disana termasuk Sultan Al-Fateh, ayahndanya dan anaknya, Sultan Beyazit.
Ditingkat bawah muzeum ini terdapat replika putera-putera yang pernah menjadi gabenor di Amasya namun tidak dilantik sebagai sultan manakala di tingkat atas pula, replika putera-putera yang telah menjadi sultan dizaman itu. Mengikut apa yang diberitahu, sebanyak sepuluh putera telah menjadi gabenor, dan tujuh putera telah menjadi sultan.
Rasa kagum dengan cara pakaian Sultan Al-Fateh. Walaupun baginda memakai pakaian sultan, seperti yang diceritakan, baginda tidak memakai mahkota sebagai lambang diraja, malah memakai serban. Didalam museum ini juga terdapat pakaian dan alatan yang digunakan semasa berperang, namun ia bukanlah asli, sekadar replika.
| Sultan Muhammad Al- Fateh. |
Selepas itu, kami teruskan perjalanan melawat satu lagi museum. Walaupun ketika itu ada antara kami yang sudah monyok kerana letih berjalan kaki, masing-masing tidak mahu layan. Iyalah rugikan kalau tak pergi.
| Singgah sebentar membeli cenderahati di Bazar |
Kali ini kami ke Hazeranlar Konagi Mansion / Etnography Museum. Bangunan ini dibina pada tahun 1865 oleh Hasan Talat sebagai hadiah untuk adik/kakaknya Hazeran Hanim namun begitu pada tahun 1983 barulah bangunan ini dijadikan museum etnik.
| Di hadapan Museum. |
Ada replika bilik tidur suami isteri. Replika patung perempuan sedang membuat kuih-muih, bilik pengantin, bilik menjahit, bilik bermain alatan muzik, bilik rehat,bilik pengantin bersama dayang-dayang seperti sedang bersolek.
Malah terdapat juga pakaian dan barang kemas. Sebenarnya gambaran yang ditunjukkan oleh patung-patung ini semuanya gambaran orang-orang bangsawan dizaman Uthamaniah. Iyelah, rakyat biasa mana pakai baju yang ada manik-manik emas. Sebenarnya saya naik seram juga tengok replika-replika tersebut kerana perlakuan mereka walaupun patung, tapi seolah-olah betul dan real dengan mimik muka.
Selepas penat melawat museum, kami berjalan kaki pulang ke hotel. Petang itu ada satu lagi misi, kami akan mendaki gunung yang menjadi latar belakang bandar ini. Walaupun mendaki sesuatu yang menyeronokkan, namun disebabkan berpuasa, kami keluarkan duit sikit untuk menyewa teksi, terus membawa kami ke puncak kerana diatas puncak inilah terdapatnya satu istana lama didirikan. (The Castle of Amasya), Harsena Mountain.
Dari atas gunung inilah bandar Amasya boleh dilihat secara penuh. Subhanallah, Allah sahaja yang tahu betapa cantik dan kagumnya kami pada ciptaanNya yang satu ini.
Disebabkan masa yang kami memperuntukkan untuk berada di istana ini selama lebih kurang satu jam, kami tidak mendaki hingga ke atas.Kami hanya berehat sambil melihat sekeliling Amasya dari atas, tambahan pula angin petang itu yang bertiup lembut, suasananya amat mendamaikan.
| Bergambar dipintu masuk utama Istana. Bersama penjaga dan penjual cenderahati. |
Kami turun dari gunung itu, dan waktu sudah petang dan hampir menginjak ke senja. Kami tidak terus pulang ke hotel, tetapi mecari restoran untuk menikmati juadan berbuka.Pengalaman berbuka puasa di Amasya tidak dapat kami lupakan. Menikmati juadah ditengah-tengah jalan sedang penduduk yang tinggal ditingkat atas kedai hanya memerhati kami dari balkoni rumah mereka.
| Sementara menanti waktu berbuka. |
![]() |
| Juadah berbuka. Santapan enak yang dikongsi-kongsi. |
Di Amasya, gong akan berbunyi menandakan sudah masuk sahaja waktu maghrib. Dan dipuncak bukit sana, tersergam indah Istana Amasya yang bercahaya. Malah, rumah-rumah disepanjang sungai juga akan bercahaya satu-persatu, ketika waktu maghrib dan apabila masuk waktu subuh. Sayangnya pemandangan di kedua-dua waktu itu tidak sempat kami rakam kerana tidak berada disepanjang sungai.
Selesai berbuka puasa, kami terus ke masjid (Bayezid Pasa Camii) untuk berterawikh disana. Malam itu sungguh mendamaikan. Angin malam yang bertiup lembut seolah-olah mempersilakan kedatangan kami ke Amasya. Ditambah dengan gelagat anak-anak yang comel bermain nyorok-nyorok diluar masjid.
Kanak-kanak perempuan pula bermain ala-ala ‘set-set tom tom’.
![]() |
| Walaupun saling tidak memahami bahasa, namun mereka sangat ramah. |
| Teruja sungguh mereka dapat bergambar. |
Masyarakat disini sangat menghargai kedatangan kami. Setiap kali berselisih, pasti dihadiahkan dengan sebuah senyuman yang menawan. Ketika bersolat terawikh itu juga, kami diberikan tempat yang khusus oleh makcik-makcik yang bersolat bersama.
![]() |
Mereka seperti masyarakat Arab yang sangat memuliakan tetamu. Mereka memulikan kami, memberi tempat dihadapan ketika bersolat. Malah, ketika solat jama’ maghrib-isyak itu, berpuluh-puluh mata indah sedang memerhati kepada kami. Indahnya dirasakan, disatukan oleh agama yang bertauhidkan tuhan sama, walaupun berbeza bangsa dan warna kulit.
Malah, sepanjang berada di Turkey juga, Amasya adalah tempat paling murah sekali caj yang dikenakan untuk masuk ketandas. Untuk makluman semua, di Turkey setiap kali kita masuk ke tandas hatta tandas dimasjid, kita perlu bayar lebih kurang 1L, kadang-kala 0.75L atau 0.5L. Namun di Amasya, kami hanya perlu bayar 0.25L sahaja. Murah bukan!
Usai bersolat terawikh, kami ingin menghayati malam itu dengan berjalan disepanjang sungai Amasya,sambil menikmati aiskrim. Penduduk Amasya juga seperti kami. Keluar bersama keluarga bersiar-siar sambil menikmati keindahan malam.
| Malam di Amasya dirasakan terlalu asyik. |
Tambahan pula, ditengah-tengah sepanjang sungai itu, terdapat persembahan nyanyian. Saya tidak pasti nyanyian tersebut berunsurkan keagamaan atau apa. Namun, keadaan ini berlaku ketika waktu ramadhan sahaja. Malam di Amasya sungguh hidup dengan muzik. Mereka akan berhibur selepas terawikh, dan mereka akan tidur lewat subuh sehinggalah ke tengahari.
![]() |
| Persembahan nyanyian. |
Sambil menikmati aiskrim, kami disapa banyak kali oleh penduduk disana. Hanya tersenyum-senyum memandangkan sepatah pun yang dikata kami tidak faham. Sungguh mereka memang ramah dan murah dengan senyuman.
Ada sebuah keluarga yang datang dari kampung mereka kira-kira empat puluh minit dari Bandar Amasya. Mak cik itu sangat ramah. Dia berbual dengan Irfan. Bertanya macam-macam. Rupanya Makcik itu memperlawa kami tidur dirumahnya, dan mengajak untuk bersahur bersama.
Allah, sungguh mulia hati mak cik tersebut. Walaupun tidak kenal, dia dengan tanpa ragu-ragu mempercayai kami. Dihubunginya anaknya supaya datang dengan kereta supaya menjemput kami kerana rumahnya jauh. Setelah berbincang , kami terpaksa menolak perlawaan tersebut memandangkan perjalanan kami masih jauh dan kami bimbang akan terlewat untuk ke destinasi seterusnya.
![]() |
| Beramah mesra walaupun saling tidak mehami bahasa. |
Riak hampa terukir diwajahnya. Dia benar-benar ikhlas. Berkali-kali Irfan menolak dengan baik. Malah kata Irfan lagi, mak cik tersebut mintak maaf kepada kami, alasannya, kami adalah tetamu, dan dia adalah tuan rumah, tidak wajar dia melayan kami dan membiarkan kami bermalam dihotel, tambah-tambah lagi kami adalah saudaranya, saudara seislam.
Terkedu kami mendengar dari apa yang diterjamahkan oleh Irfan. Sungguh dia berhati mulia. Semoga Allah meredhai dah merahmati kehidupannya.
Sedang enak saya menghayati dan mengsnap persembahan yang didendangkan oleh penyanyi diatas pentas (walaupun tidak faham),dalam keadaan yang sesak dengan orang ramai itu tangan saya ditarik oleh salah seorang dari kami. Mahu kemana, saya bertanya. Namun dia mengisyaratkan mengikut sahaja.
![]() |
| Mereka berhibur sehingga lewat malam. |
Kaki terus sahaja mengikut tanpa ketahui arah tujuan. Rupanya kami berpatah balik ke masjid dan akan melawat museum yang terdapat berhampiran masjid itu. Sedangkan kami tidak tahu pun ada muzeum disebelah masjid tadi.
Rupanya ketika sedang menyaksikkan persembahan, Irfan telah ditegur oleh seorang lelaki. Dan lelaki tersebut rupanya pegawai tertinggi muzuem di Amasya malah baru sahaja pulang dari Kuala Lumpur kerana mempromosikan Turkey di Malaysia.
| Bersama Ogam dihadapan museum. Semoga Allah memberkatimu dan keluargamu. |
Ada ke orang ziarah muzeum pada waktu malam? Namun itulah, memang rasa best betul kan melawat muzeum malam-malam tanpa gangguan orang lain. hehe .Ogam (panggilan untuk lelaki tersebu yang bermaksud ‘Tuan’) tadi membuka pintu muzeum (Minyatur Amasya Muzesi) dan membenarkan kami masuk kedalamnya. Didalam muzeum ini terdapat prototaip penuh seluruh kawasan Amasya.
Dari prototaip ini kami diterangkan dimana bermulanya penempatan Amasya, jumlah penduduk Amasya dan sejarah ringkas dari era zaman berzaman.Yang lebih menakjubkan, muzeum ini adalah satu-satunya didunia yang ada prototaip penuh seluruh kawasannya.Sayangnya, gambar protaip tersebut tak sempat kami tangkap.
| Prototaip seleruh kawasan Amasya - Ihsan Google. |
Usai melawat muzeum, Ogam mempelawa kami minum teh dan makan simit bersamanya serta isteri dan anak mereka. Naik kembung juga perut kami apabila terpaksa minum teh pekat hampir lima kali. Habis sahaja air dalam cawan, pelayan terus datang dan digantikan dengan secawan teh yang baru.
![]() |
| Simit yang keras! Makanan asasi masyarakat Turkey. (saya satu pun tak habis, huhu) |
Bersembang dengan mereka bukan bersembang kosong. Irfan menjadi orang tengah antara kami. Antara perkara utama yang ditanya, tentang negara islam di Malaysia. Isterinya banyak bertanya pandangan kami tentang negara islam di Malaysia dan juga keadaan politik serta perbandingan dengan negara Turkey.
![]() |
| Simit dimakan bersama cai (teh pekat). Ini entah cawan keberapa. |
Mereka sangat suka dengan perdana menteri Turkey hari ini, Erdogan yang katanya berhati mulia dan lebih Islamic. Mereka merasakan Erdogan adalah ketua segala negara-negara islam, dan menganggap masalah negara islam adalah masalah negara sendiri. Ketika berlaku krisis di Somalia, banyak zakat telah disalurkan ke sana semenjak Erdogan menjadi perdana menteri.
Katanya lagi, corak hidup kita bergantung kepada pemimpin yang kita pilih. Apabila pemimpin bagus, rakyatnya akan bagus. Malah isterinya yang rendah diri itu juga sempat menceritakan tentang Sultan Al-Fateh yang telah didik dengan agama semenjak dari kecil, dan rasa kesedihannya tentang sultan-sultan diera akhir pemerintahan uthmaniah yang semakin jauh dengan agama dan lebih banyak menghabiskan masa dengan minum arak, berjudi dan menunggang kuda.
Katanya, Turkey negara yang ada semua benda, sumber air, lautan, gunung-ganang, tanah yang subur namun tiada sumber minyak. Kalau Turkey ada sumber minyak, Turkey ibarat syurga dunia. Malah dia juga berpendapat, walaupun corak pemerintahan Erdogan nampak Islamic, ia perlu diperkemaskan lagi supaya lebih cantik dan sempurna.
| Kami bersama Ogam, isteri dan anaknya. |
Selain itu, nama Amasya diambil semperna nama salah seorang raja terdahulu dan bandar ini digelar dengan mata bayi Turkey. Kami tidaklah bertanya lebih lanjut kenapa dinamakan begitu, barangkali disebabkan kedudukan bandar ini yang dekelilingi sungai dan gunung-ganang.
Malah, istana dipuncak gunung Harsena itu juga telah didiami dengan pelbagai tamadun dari zaman Rom,Byzantine sehinggalah era Uthmaniah. Rumah disepanjang sungai itu pula adalah rumah-rumah putera yang didiami ketika latihan menjadi gabenor. Dan ketika itu juga, terdapat 25 buah madrasah yang dibuka untuk melatih putera-putera tersebut.
Kami betul-betul kagum dengan apa yang disampaikan. Betullah apa yang diberitahu, masyarakat Turkey kalau diajak bersembang, bukan bersembang kosong tanpa isi, masyarakatnya masyarakat yang sangat ‘cakna’ tentang isu semasa dan berpengetahuan. Memang seronok berbual, namun ia kelihatan sedikit hambar kerana setiap patah perlu diterjemah dengan terlebih dahulu.
Sempat juga isterinya mengusik, antara kami, siapa yang mahu berkahwin dengan orang Turkey. Kawan-kawan saya yang kepala tak berapa betul itu menghalakan jari-jari mereka tepat ke muka saya. Malu I tau.. keh2
Hari semakin lewat. Dan kami semakin resah apabila mereka seperti tiada tanda-tanda mahu berhenti. Rupanya isteri Ogam masih tidak penat bercerita. Dia mempelawa pula kami untuk berkunjung kedainya. Dia yang sudah pencen itu telah membuka kedai menjual barangan dapur disekitar kawasan itu. (Sebenarnya teringin je nak pergi ikut tengok kedai dia, mana tahu dapat periuk free, tapi hari dah lewat sangat. haha)
Pelawaannya juga terpaksa kami tolak memandangkan hari benar-benar sudah hampir ke satu pagi. Namun, Ogam berjanji, pada kesokan harinya, kami dipersilakan untuk melawat sebuah lagi museum di Amasya dan pegawainya akan berada di museum tersebut menanti kami.
Ketika bersembang itu juga, wartawan dari akhbar di Amasya merakamkan gambar kami dengan kamera mereka, dan berjanji akan berikan keratan akhbar kepada kami melalui e-mail. (tapi sampai sekarang, tak dengar pun pasal cerita masuk paper dekat Amasya nie, mungkin diorang dah lupa..=D)
Malam itu, kami pulang ke hotel dan terus berehat. Walaupun penat, perasaan terharu kerana dilayan dengan istimewa membuatkan kami tidak sabar menanti keesokan harinya.
Pagi di Amasya itu sungguh tenang. Terus berjalan kaki ke muzeum, sempat lagi kami singgah dikedai runcit, hampir kesemua akhbar dibelek, kot-kot ada keluar muka kami, namun tak jumpa. Setelah beberapa minit menunggu, pegawai Ogam sampai dan kami terus masuk ke muzium dipandu olehnya tanpa sebarang bayaran.
| Dihadapan Amasya Museum bersama pegawai Ogam dan pegawai muzeum. |
Pegawai Ogam menerangkan setiap inci apa yang terdapat didalam museum kepada kami. Sejarah museum, sejarah Amasya dan khazanah yang terdapat disitu.
![]() |
| Antara koleksi mumia. Setiap mumia ada cerita yang tersendiri. |
Dalam muzium ini terdapat pelbagai lagi catatan sejarah kerajaan Turkey Uthmaniah. Selain replika-replika rakyat biasa masyarakat Uthmaniah seperti menjahit, menenun pakaian, bercucuk tanam, disini juga terdapat kepingan syiling dan wang kertas, mumia, bekas makanan, dan artifak sejarah yang lain yang sudah berusia beratus-ratus tahun, kerana ianya dari zaman Abbasiah hinggalah ke Uthmaniah juga zaman Rom, Byzantin dan Seljuk.
![]() |
| Lambang kerajaan Uthmaniah. Kain ini asli. |
![]() |
| Semuanya bertulisan tangan. |
Kemudian, selesai berada di muzium, kami teruskan lawatan ke perpustakaan yang bersebelahan dengan masjid Yildirim Beyazit Camii. Kawasan ini dinamakan dengan The Sultan Bayezid II Kulliyeh (complex) yang diambil nama oleh anak Sultan Beyazid II, Shahzadah Ahmet pada tahun 1485.
Kawasan ini terdiri daripada masjid (masjid yang kami bersolat terawikh disana), madrasah, kawasan taman, juga perpustakaan. Di selatan bahagian kawasan ini terdapat kubur Shahzadah Osman, anak kepada Shahzadah Ahmet yang meninggal awal daripadanya.
Dibahagian barat masjid pula terdapat lapan belas bilik yang berbentuk pusingan ‘U’. Pada hari ini, bangunan ini sudah bertukar menjadi Perpustakaan Wilayah. Perpustakaan ini menempatkan perlbagai jenis buku, juga kitab-kitab lama yang sudah berusia beratus tahun malah kebanyakan kitabnya bertulisan tangan.
| Dihadapan pintu perpustakaan. |
![]() |
| Kawasan hadapan masjid yang dipenuhi bunga.. |
Juga terdapat sebuah Al-Quran tulisan tangan yang dikatakan semenjak dari zaman Khalifah Umar Al-Khatab yang hanya terdapat tiga buah sahaja didunia. Satu disini, satu lagi boleh dilihat di Topkapi Istanbul, dan sebuah lagi di Mesir.
![]() |
| Dikatakan Al-Quran semenjak pemerintahan khalifah Umar. Kami tidak dibenarkan untuk membukanya. Hanya lihat dari jauh. |
![]() | |||||||||||||||||
![]() |
| Dihadapan kawasan perpustakaan. |
Pegawai Ogam memang baik hati. Usai kami melawat perpustakaan, Pegawai Ogam membawa kami ke salah satu madrasah Tahfiz Al-Quran antara yang tertua dan teknik pengajarannya masih sama walaupun sudah beratus tahun. Ketika zaman pemerintahan Ataturk, madrasah ini terpaksa ditutup namun kini ianya kembali beroperasi. Kami ke madrasah tersebut menaiki keretanya.
![]() |
| Diam-diam je snap gambar nie, takut pegawai Ogam perasan. hehe |
![]() |
| Bersama pegawai Ogam dihadapan madrasah. |
![]() |
| Kawasan sekitar madrasah. Mereka menghafal hanya disudut-sudut dinding. |
Kami melawat madrasah ini hanya sekejap kerana ketika itu Irfan tiada. Pegawai Ogam yang hanya tahu berbahasa inggeris beberapa perkataan menyukarkan kami untuk mendapat maklumat yang lebih tentang madrasah ini. Kami hanya berdiri dimuka pintu, kemudia terus keluar.
Tangkap gambar pun secara sorok-sorok kerana segan, bukan apa, pelajar di madrasah ini semuanya lelaki. Bukak sahaja pintu, mereka yang sedang menghafaz Al-Quran ketika itu semuanya memandang kearah kami. Rasa tidak manis pula berlama-lama disana. kan3x
![]() |
| Asrama pelajar madrasah. |
Usai melawat madrasah, Pegawai Ogam menghantar kami pulang ke hotel. Berterima kasih padanya, kerana sanggup membantu kami menjadi pemandu pelancong, tanpa sebarang bayaran Usai check out hotel, kami mengambil teksi dan terus ke perhentian bas menuju ke Safranbolu.
![]() |
| Dihadapan hotel. Hotel Safar. |
![]() |
| Berangkat pulang menuju ke destinasi seterusnya. |
Pengalaman berada di Amasya merupakan pengalaman yang termanis sepanjang berada di Turkey. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasa segala kebaikan yang diberikan sepanjang kami berada disana. Sungguh, sangaaaaatttttt jatuh cinta pada Amasya!
* Selain catatan peribadi, maklumat yang saya tuliskan diatas juga diambil dari buku panduan yang telah diberikan kepada kami ketika di Amsya Museum.
* Selain dari buku panduan, kami juga diberikan beg kertas yang berisi buku maklumat, peta keseluruhan Amasya, buku resepi masakan tradisinonal Amasya khususnya dan Turkey amnya, cakera padat yang memaparkan kawasan pemandangan Amsya.
* Dua hari di Amasya menyebabkan rancangan kami untuk melawat kubur Ataturk di Ankara tergendala kerana hujan dan jadual sedikit berganjak kerana tambahan tempat lawatan yang tiada didalam jadual.
* Alhamdulillah, selesai juga episod ini akhirnya. Semangat saya masak awal hari ini semata-mata nak habiskan malam ini juga atas alasan, tak mahu episod ini tertangguh sampai masuk ke tahun baru. Memang seharian sungguhlah entry ini.!
* Semoga mendapat manfaat. InsyaAllah, kalau rajin dan diberi kekuatan, saya akan menulis lagi, ameen.
* Kepada sahabat dan teman yang bakal menghadapi imtihan, diucapkan semoga beroleh kejayaan serta diberikan kekuatan untuk meneruskan pengajian. Allah bersama anda.
* Hidup baik-baik!
Ismiizzah,
30.12.2011
Rumah
* Semoga mendapat manfaat. InsyaAllah, kalau rajin dan diberi kekuatan, saya akan menulis lagi, ameen.
* Kepada sahabat dan teman yang bakal menghadapi imtihan, diucapkan semoga beroleh kejayaan serta diberikan kekuatan untuk meneruskan pengajian. Allah bersama anda.
* Hidup baik-baik!
Ismiizzah,
30.12.2011
Rumah












































.jpg)
1 comments:
Menggamit kenangan..bila baca, seolah-olah macam sedang berada di sana..
Tuhan,
sungguh aku sangat bersyukur kerana kurniakan kami kesempatan wang dan masa untuk lebih mengahayati nikmatMU..
Zati..terbaik!!
Post a Comment