Thursday, November 10, 2011

Lukisan 1

Bismillahi Ar-Rahman Ar-Rahim


Alhamdulillah, petang tadi, sedang duduk bersama-sama dengan abang diruang tamu sambil layan bola (Malaysia vs Thailand), hujan tiba-tiba turun. Saya bukanlah nak sangat layan bola tu, tapi remote tv dia yang pegang, jadi terpaksalah tengok.


Hujan ke? Tanya saya, entah. Dia buat tak tahu aje.


Betullah hujan, itu kain kita ke? Rasa tak jemur pun dekat situ...


Pergilah tengok....


Dalam basah-basah itu, saya pergi angkat kain yang hanya ada dua tiga helai diluar.Agaknya abah yang jemurkan disitu.


Bosan dengan bola.Saya duduk beranda luar sambil perhati hujan. Lama termenung-menung macam tunggul. Tiba-tiba suasana jadi warna kuning-kuning sedangkan hujan sedang turun. Ah, alam ini betul-betul banyak rahsia. Saya menjenguk-jenguk keluar, rupanya cahaya matahari. patutlah terang sahaja.


Kembali duduk termenung-menung, tiba-tiba terfikir, 'orang kata, lepas hujan kalau ada matahari, mesti ada pelangi' saya berbisik sendiri. He he . Dengan tak pasal-pasal, capai payung. Kemudian redah hujan yang tengah lebat tu untuk cari di belakang rumah kot-kot keluar pelangi.


Tak nampak pun rintik hujannya dalam gambar. Tengok tu matahari tu.

Tengah-tengah hujan tu, pusing kiri, pusing kanan. Tak jumpa pun pelangi nye, siap bercekak pinggang lagi mencari. Tiba-tiba mak cik Ana depan rumah menegur. '' Hai k.andak, buat apa tengah hujan tu''.


Dan saya sebenarnya terkejut kena tanya macam tu. 'Erk.. tak ada apa-apa, saje berjalan'. Baru tersedar, yang tengah berjalan dalam hujan. Tapi  takkan nak cakap pada mak cik tu, 'saya tengah cari pelangi nie', nanti dikatanya buang tebiat pulak. hihi


Rupanya emak pun nampak saya dari jauh. Bila saya masuk rumah, emak tanya, ''awak buat apa dekat luar?'' ''erk... takde apa-apa, saje berjalan.'' Lepas kena tanya  tu, sengih sorang-sorang.


Bila fikir-fikir balik, nampak macam orang tak betul aja. ha ha ha. Apalah aku nie. Buang tebiat, banyak sangat berangan nie.


'' Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ...''


Hah, kata-kata  yang inilah yang saya teringat, kemudian macam orang tak betul pergi cari pelangi. Skema ayam betul!


Jeng-jeng-jeng!


Selepas hampir lima tahun , inilah hasil yang pertama!



 
Gambar asal.








Amacam? Percaya tak? hehehe. A'la kulli hal, alhamdulillah......


Saya pun tak percaya, tapi jari ni rasa keras ketung lagi! Kena pakai losyen sokmo ni bagi lembut semula. =p Dekat tiga jam nak siap benda alah nie. Tapi puas sangat. Dah lama nak melukis balik, baru hari ini terlaksana. Cantik tak cantik, itu nombor dua punya. Yang penting puas.


Hari ini, pasal handfon dengan set-set melukis nie punya pasal, ter'korban' duit aku!


p/s : Alang, dah beli dah handfon baru. hihihi. Tak canggih sangat macam awak punya takpe, yang penting itu gambar kalau tangkap cukup cantik ok!


** errkkk... saya dah berhenti kerja! Bolehlah tulis banyak-banyak lepas nie. Nak cepat-cepat habiskan tulis pasal Turkey, rasa macam berhutang pulak, kan k.aini kan..? =D

Biasalah, fresh graduate memang selalu berhenti kerja, nak cari keserasian orang kata. keh3


** Doakan saya yer, doakan saya dapat apa yang saya mahu.



ismiizzah,
12.08 p.m
9.nov 2011
rumah.

1 comments:

niey said...

perli baik punye! hahaha...