Saturday, October 29, 2011

Jumaat oktober yang akhir.

Bismillahi Ar-Rahman Ar-Rahim


Alhamdulillah, bersyukur Allah masih lagi bagi peluang untuk menghirup udara di hari jumaat ini. Entah esok lusa. nafas akan ditarik oleh malaikat. Hari sudah sebelas malam, entah kenapa rasa tiada mood dan hilang semangat.



Hari ini, sudah genap sebulan dan  lebih saya mengajar. Kadang-kadang rasa ikhlas, kadang-kadang hilang rasa ikhlas. Namun begitu saya sentiasa memohon supaya Allah ikhlaskan hati saya untuk mendidik ini. Bukanlah alasan yang besar kenapa saya tidak mampu untuk ikhlaskan hati dengan sepenuhnya, namun ia berbalik kepada hati. Hati inilah yang merasa.



Namun begitu tidaklah saya membenci tanggungjawab ini, bahkan inilah minat saya. Makin lama makin berkembang. Tetapi entah mengapa, saya perasan, sejak dua tiga hari ini tiba-tiba saya jadi kurang bersemangat. Mungkin pengaruh hujan.. oh, tiada kaitan. Mungkin juga cuti lima hari memudarkan semangat untuk mengajar atau mungkin juga pengaruh kesihatan. Hmm, mungkin.



Terkenangkan anak-anak didik saya, saya jadi kasihan. Mereka adalah pengalaman pertama saya memandangkan saya tidak pernah mengajar dan bekerja sebelum ini. Mereka akan jadi episod penting dalam hidup saya. Saya jadi bimbang kalau-kalau saya tidak sepenunnya memberikan jiwa saya kepada mereka didalam kelas.



Kala hilang semangat itu, Syeikhah Iman sering sahaja muncul dalam gambaran saya.Sering saya terbayang semangatnya yang mengajar kami  tanpa letih .Memberi  nasihat seperti seorang ibu. Atas dasar itulah, saya jadi kembali bersemangat dan jadi kembali rindu untuk membetulkan bacaan didepannya. Allah yardha a'laiha.



Di Facebook rakan-rakan di Jordan rata-rata menceritakan tentang musim sejuk dan pertukaran jam di sana. Jujurnya saya rasa cemburu dan sangat rindu. Saya sukakan musim dingin. Ia selalu membawa ilham disebalik angin yang bertiup kasar. Bahkan, saya telah jatuh cinta untuk memehati daun gugur dan bertiup ditepi kuliah Shariah sehingga jari-jari rasa  kebas kesejukan dan bibir menggigil , baru saya akan masuk ke dalam bangunan.



28 Oktober 2010. Setahun yang lalu.  Senja, dan sangat asyik.




Di semester terakhir, saya pernah bersendiri (tiada melayu lain )didalam kelas. Subjek itu  saya ambil untuk kali kedua untuk ditambahkan nilai peratus keseluruhan saya, disamping rasa tidak puas hati pada markah ketika mengambilnya buat pertama kali. Bahkan sepanjang pengetahuan saya, memang tiada melayu yang sanggup untuk mengulang subjek tersebut kalau sudah lulus. Sudah lulus itu rasa sangat bersyukur. Namun saya sebenarnya rasa tercabar dan mahu mencabar diri kerana saya yakin saya mampu untuk peroleh markah yang jauh lebih baik  dari yang pertama.



Alhamdulillah, keputusan memberansangkan. Walaupun ketika itu saya menghadapi tekanan dan ujian yang maha kuat oleh Allah Ta'ala. Malah ketika dipertengahan semester, saya pernah terfikir untuk menggugurkan subjek tersebut. Siapa sangka, saya melaluinya juga dan saya bangga dengan percapaian saya ketika di semester terakhir itu. Untuk itu juga, saya semakin mengenal potensi diri. Terima kasih Allah, ujianMu selalu buat aku menjadi 'baru'.



Disebalik itu semua. saya menyedari manusia akan bangkit dan bersemangat akibat dari tekanan yang datang. Samada tekanan dari dalam atau tekanan dari luar. Ibarat gunung berapi yang tiba-tiba meletus dan mengeluarkan lava yang panas membahang. Siapalah yang tidak merana kalau kita jauh dimata, ada ahli keluarga yang ditimpa musibah, ditambah lagi dengan tekanan dari diri sendiri. Semuanya memungkinkan sesuatu.



Samada kita mampu untuk mengawal keadaan, atau kita yang terikut dengan keadaan. Bersyukur, saya mampu untuk simpan segalan tekanan dan genggam erat-erat hanya bersama seorang sahabat tanpa perlu saya kongsi dengan ramai  orang . Pelukannya sangat bermakna buat saya. Dan sintom-sintom orang yang mengahadapi masalah seperti tiba-tiba mejadi diam dan suka menyendiri  mampu saya kawal dalam masa seminggu walaupun hakikatnya Allah sahaja yang tahu betapa saya benar-benar  seperti mahu gila!.



Allah jualah sebaik-baik tempat pengaduan. Tempat segala curahan hati. Saya belajar sesuatu. Mengembirakan orang lain akan buat hati kita lupa pada masalah. Setiap orang punya masalah. Bukan mudah sebenarnya mahu bangkitkan semangat dalam diri. Allah lah segala tempat berpaut. Belajar bergaul dengan ramai orang buat kita lebih bersyukur dan mengenali tabiat manusia. Disebalik keriuhan dan keramahan kita bermasyarakat, kita sebenarnya masih lagi manusia yang beruntung. Alhamdulillah....






Semakin lama saya semakin sedar dan rasa kehilangan. Kehidupan di Jordan sebenarnya makin jauh meninggalkan saya sehinggah kadangkala saya seperti ingin mengalirkan airmata apabila terkenang segala  kehidupan saya disana. Minat saya terhadap gambar juga makin pudar. Saya sudah tidak rajin untuk snap mana-mana gambar yang menarik. Segalanya saya hayati secara diam. Tambah-tambah lagi apabila kamera saya sekali lagi rosak oleh perbuatan sendiri.



Kamera yang saya beli semata-mata untuk ke Mesir,  hasil saya jimat cermat dan azam yang saya tuliskan dialmari baju " kalau mahu beli kamera baru, sila jimat ok ''.  Walaupun kawan-kawan akan senyum apabila terperasankan nota tersebut, dan kadang-kala 'menganjing' tetapi  bagi diri saya sendiri, itulah saya terbaik bagi saya.



Hari jumaat ini, saya harapkan lagi. Moga-moga doa saya hari ini dikabulkan dan diampunkan segala dosa-dosa saya yang telah lalu. Saya mahu hidup yang lebih baik. Hidup dalam keadaan yang sentiasa sedar, kita manusia yang layak diuji. Saya berdebar menantikan minggu hadapan. Ada sesuatu yang mungkin akan merubah hidup saya pada hari ini. Pada Allah jualah saya mengharapkan keredhaan dan diberikan petunjuk untuk mencapainya.



Mohon doanya, moga-moga diberikan yang terbaik. Ameen.



'' Kita takkan mampu untuk memadamkan kenangan, biarlah kenangan itu menjadikan  kita lebih 'baru' . ''



* Minta maaf, saya masih lagi mencari mood untuk menulis tentang Turkey.



Ismiizzah
29.10.2011
12.11 a.m

3 comments:

ummu faqeh said...

semoga lirik ini menjadikan izzati kuat!!!Akak doakan kita semua tabah dan kuat!


TETAMU DATARAN SYAM
Tetamu di Dataran Syam ini
Harus gagah seperti Abu Ubaidah
Tanah yang gersang ini disuburkan
Dengan darah jihad dan pahlawan

Di celah pohon zaitun yang rendang
Bersemadi Syuhada' pahlawan Islam
Menanti dan terus menanti
Hadirnya barisan waris perjuangan

Medan ini medan yang susah dan payah
Sesusah Medan Mu'tah di puncak sana
Dan penghuninya juga harus gagah
Segagah Kota Karak perakam sejarah

Di sinilah kau akan membina jiwamu
Jiwa pembela maruah agama
Berbekalkan ilmu berpandukan iman
Islam pasti akan kau merdekakan

Ketibaanmu adik2 ku
Kusambut dengan seribu pengharapan
Agar kau menjadi insan berilmu
Dan pembela nasib agamamu

Hatimu perlu cekal dan tabah
Sesabar tiga Sahabat Rasulullah
Jiwamu perlu subur dengan iman
Sesubur Dataran Syam bertuah

Kita diajar cintakan kematian
Bagai musuh kita cintakan kehidupan
Maka di Bumi Isra' ini tempatnya
Kau mengenal jihad dan perjuangan

Tetamu Dataran Syam engkaulah harapan
Untuk Ummah melihat masa depan
Sebagai Ulama' sebagai pejuang
Islam pasti akan kau merdekakan

Selamat Datang Tetamu Dataran Syam

hamuzjoja said...

really touched!! andak, i'm the one yg selalu duk baca impian2 hang di ats sticknote kecil bewarna garang "syria,mesir,turki" uhuk2 rindu nk nyete..kt bilik tgh,rumah tgkt 3 syari' tul karam binayah amama simsimah dgn teddy pink besar perut ada pelangi =)

niey said...

alahai.....mengamit memorinya....

kata2 imam Syafie: masa lalau adalah paling jauh yang akan kita tinggalkan.

semakin lama, semakin jauh kenangan itu akan pergi..dan semakin cepat masa mati itu datang.

Syam itu tarbiahnya halus, jangan sampai hilang mahupun terbang, tetapi biar subur dan terus tertuai...:)