Bismillahi Ar-Rahman Ar-Rahim
Alhamdulillah, selesai juga saya menyiapkan episod yang kedua ini. Semoga mendapat manfaat walaupun sedikit! =)
Dia bicara tentang tawakkal.
Kami tiba di rumah K.Shima ketika itu hampir waktu asar. Kemudian berurusan dengan driver yang akan membawa kami ke lapangan terbang Quen Alia kira-kira jam sebelas malam nanti. Ketika jam hampir ke sebelas malam, kami masih di depan televisyen melayan si kecil dua orang, Abby dan abang Yoi bermain mercun. (Oh, memang mereka main mercun depan televisyen!)
Sedang enak-enak kami memerhati gelagak dua orang kanak-kanak yang licik lagi comel itu, dia bertanya pada saya.
Ce tengok dalam beg aku tu, ada tak tiket?
Kemudian saya geledah-geledah begnya. ‘ Takde pun’, saya menjawab sambil saya menghulur beg padanya.
Kemudian giliran dia pula menggeledah-geledah beg galas belakangnya itu. Dia pandang saya.
‘‘ Ada ni je ’’ , kata dia sambil menunjukkan dua helai kertas bersaiz A4 kepada saya.
‘‘ Memang takde lah, ko tak bawak ke yang aku punya?’’ Dia menyambung lagi.
“ Mana ada. Hari tu masa lepas beli tu, kan aku terus bagi setiap orang dalam sampul. Cubalah tengok betul-betul.’’ Ketika itu, saya sudah mula cuak dengan pengakuannya.
‘‘ Memang takde betul lah. Yang ada tiket balik Malaysia yang ko dengan yang aku punya.’’
‘‘Serius lah ko ni….?? ’’ Saya semakin cuak.
‘‘ Aku seriuslah. Memang betul-betul takde. Kejap aku telefon Nudra suruh cekkan.’’ Dia kemudian menghubungi Nudra yang tinggal bersendirian di rumah kami. Benarlah apa yang dikatakannya. Nudra juga telah mengesahkan. Dia tertinggal tiket.
‘‘ Macam mana ni….’’. Akhirnya dia mengeluh.
Saya pandang dia lama. Memang rasa sungguh berdebar. Mukanya ketika itu memang sepeti tiada darah. Pucat juga cuak yang teramat sangat. Tangan saya juga ketika itu sudah menggigil, dia apatah lagi! Kami semua diam ketika itu. Diam gelisah dan otak kami semua seperti terkejut untuk menerima perkara itu.
Kami terus diam dan berfikir mencari jalan yang terbaik. Entah siapa bagi idea supaya menghubungi seorang rakan yang biasa menjadi perantara menjual tiket untuk tanyakan samada kami dibenarkan untuk check in atau tidak jikakalau tidak ada kertas itu. Sebenarnya itu bukanlah tiket yang sebenar, hanyalah kertas comfirmation sebagai bukti pembelian kami daripada syarikat travel kerana transaksi telah direkodkan secara online. Apa yer namanya, saya lupalah.
Kata kenalan kami itu, masih boleh Chekck in kalau kami punya nombor siri dari kertas tersebut. Dan dia minta supaya kami masukkan no siri tersebut ke dalam web Turkey Airlines untuk melihat kalau-kalau penerbangan kami ada dalam talian. Berkali-kali masukkan nombornya, tiada hasil yang kami terima. Nombor siri tersebut langsung tidak bagi kesan apa-apa. Hati yang berdebar juga bimbang, tuhan sahaja yang tahu.
Kemudian kami buat keputusan untuk mengscan kertas tiket tersebut, namun perlu memikirkan siapa yang ada scanner dan siapa yang perlu ambik tiket dari rumah kami memandangkan kami sudah pindah ke tempat lain.
Puas juga kami telefon semua orang bertanyakan siapa yang ada scanner. Dari junio hinggalah kepada rakan-rakan JUST Sikit lagi nak telefon presiden PERMAI. Hehe
Dari belakang, sudah dengar suara suami K.Shima mengusik-ngusik dia. Kata mereka, cuti sepuluh hari itu dia akan habiskan di rumah mereka bermain dengan anak-anak mereka. Kemudian disambut pula oleh sebahagian rakan saya dan mereka ketawa kecil. Jujurnya hati saya tidak senang dengan usikan tersebut. Hati saya ketika itu sungguh ‘panas’. Iyalah waktu-waktu genting begitu, masih sempat mahu bergurau-gurau.
Tiba-tiba dengan tidak ditahan-ditahan saya tinggikan suara pada mereka.
‘‘ Janganlah gelak-gelak, kesianlah dekat dia. Cuba fikir macam mana nak cari jalan!!’’
Dan saya terus bangun berdiri dibelakang mereka sambil membuat lagi beberapa panggilan. Mereka diam. Ketika itu juga pemandu yang akan membawa kami sudah sampai. Jam ketika itu sudah hampir ke sebelas setengah.
Sebenanrnya saya menyesal sebab tinggikan suara. Rasa sungguh emosional dan tak pandai langsung nak kawal marah. Sungguh demi tuhan, kalau betul dia tidak pergi, sayalah orang yang paling sedih sekali. Kami sudah rancang lama. Saya faham bahawa mereka hanya mahu tenangkan keadaan, namun bagi saya itu bukan waktu yang sesuai. Tambah-tambah lagi, yang tidak bawa tiket kapal terbang itu, sahabat baik saya. Teman sebilik saya dari hari pertama saya menjejakkan kaki ke Jordan, sehingglah hari terakhir saya tinggalkan tanah itu.
Dengan rasa yang tidak selesa dan serba salah, saya terus meluru ke bilik belakang. Ambil wudhu’ kemudian tunaikan solat sunat. Entah kenapa ketika itu hati saya benar-benar sedih. Saya doa, supaya Allah mudahkan urusan kami dan berikan kami kesabaran dan kekuatan untuk menerima segala ujian yang DIa beri. Ya ketika itu, memang Allah sedang menguji hati kami.
Usai solat, saya kembali ke ruang tamu. Khabaran yang saya terima, teman rumah Ainul ada scanner, dan lebih menggembirakan, rumah Ainul berhampiran dengan rumah kami. Ainul akan datang ke rumah kemudian akan scankan kertas tersebut dan akan menghantar melalui e-mel kepada kami. Alhamdulillah, Allahu Akbar! bersyukur atas setiap kurniaan Allah!!
Ketika itu jarum sudah ke pukul dua belas tengah malam. Dengan jasa baik suami K.Shima, kami printkan kertas tiket itu di pejabat MSD Jordan. Allah sahaja yang mampu balas jasa besar keluarga tersebut atas pertolongan yang mereke berikan kepada kami. Kami wida’ (ucap selamat tinggal) dengan mereka, dan seperti biasa, suami K.Shima sempat lagi gelak-gelakkan kami yang kelihatan kalut dan serabut itu.
Ketika dalam MPV, masing-masing diam. Seperti setiap orang cuba menenangkan fikiran. Saya juga masih terasa serba salah kerana tinggikan suara. Malam yang sedikit berangin itu ternyata benar-benar beri ketengan kepada kami. Tiba-tiba,
Wei, terima kasihlah korang.. Kalau tak tak tahulah nak buat macam mana dah tadi. Dia memecahkan kesunyian. Kami masing-masing gelak.
Itu baru ujian pertama. Cuaaakkkk giler. Ha ha ha.
Kami sampai di Airport agak lewat kira-kira jam dua pagi. Boarding time pukul dua setengah pagi. Selepas tergesa-gesa check in, kami ke tingkat atas untuk membeli makanan sebagai bekal sahur. Kata sepakat, kami beli KFC dan akan makan dengan selaju yang mungkin ketika menanti pintu flight dibuka.
Sebelum masuk ke pintu terakhir, saya sempat menghubungi emak untuk minta didoakan keselamatan dan berjanji untuk menghubungi semula apabila kembali dari Turkey nanti.
Mintak-mintak dia tak tahan sebab bawak KFC ni. Doa saya dalam hati. Ketika menanti jam tiga setengah pagi yang berbaki kira-kira lima belas minit, di ruang menunggu itulah kami makan dengan lahap dan rakus. Sudah tak peduli orang pandang atau tidak, makan memang tidak pandang kiri kanan langsung. Memang buruk perangai sunguh. He he he. Kononlah sebelum itu kami sudah rancang mahu makan nasi, tapi memang tak dapatlah. Namun, apa yang penting kami tak lapar untuk puasa hari itu. Habis sahaja makan, pintu flight sudah dibuka. Baki ayam goreng kami simpan, boleh makan ketika dalam flight nanti.
Masuk dalam flight, kepala kami memang ingat nak tidur sahaja. Seminggu yang benar-benar memenatkan. Konon-konon dalam flight nanti bolehlah rehatkan badan. Ternyata sangkaan itu meleset. Dengan keadaan yang panas sebab aircond tidak dipasang ditambah dengan suara budak yang menangis sepanjang perjalanan dua jam itu, saya memang tidak dapat lelapkan mata. Namun bila pandang kiri kanan. Kawana-kawan semua sedang lena tidur.
Baru sahaja mahu lelapkan mata. Ada bunyi bising di belakang saya. Benar-benar mengganggu. Bila saya curi-curi dengar, rupanya pak cik dibelakang tempat duduk saya ini mahu buat aduan. Katanya, skrin tv asyik menayangkan rancangan yang tidak sesuai kepada anak-anaknya yang masih belasan tahun dengan aksi-aksi yang hanya sesuai ditonton untuk orang dewasa. Memang pun, dari mula terbang, skrin tv pasangkan cerita 18sx sahaja. Dan saya asyik dengar anaknya yang dihadapan saya bertanya tentang cerita tersebut pada ayah mereka.
Pramugari datang untuk tenangkan keadaan. Pak Cik tersebut berkeras. Katanya beberapa minggu lepas dia menaiki flight yang sama, tidak pula ditayangkan cerita sebegitu. Tambahnnya lagi, ketika itu bulan ramadhan, kenapa langsung tidak menghormati bulan mulia tersebut. Memang panjang bebelan pak cik itu, siap cakap pasal agama lagi. Tapi malangnya, kawan-kawan saya sikit pun tak sedar. Adoi..
Perbualan tersebut berakhir apabila pramugari bawakan sekeping kertas, saya mengaggap itu adalah borang aduan perkhidmatan. Berani sungguh pak cik itu. Sempat saya jeling-jeling kebelakang, melihat anak-anaknya yang comel. Sebelum turun, saya menegur isterinya. Oh, rupanya pak cik itu seorang pensyarah dan isterinya orang Jordan.
Mereka pulang seketika di kampung isterinya dan mereka menetap di Bursa, Turkey.. Apa yang membuatkan saya bertambah kagum, keluarganya mampu bercakap bahasa arab dengan baik dan ketika bergaduh tadi pun dia menggunakan bahasa inggeris. (Orang Turkey jarang yang pandai berbahasa arab)
Turkey, kami datang!
Sampai sahaja di Ataturk Airpot kira-kira jam 5.30 pagi, kami terus ambil beg dan ke tandas untuk membersihkan diri. Beberapa orang dari kami terpaksa qada’ subuh di ruang terbuka, ditepi tempat duduk yang disediakan kerana puas bertanya dimana surau pada mereka yang berada disitu, namun semuanya tidak faham apa yang kami cakapkan. Cakap bahasa Inggeris pun tidak faham, bahasa arab apatah lagi. Yang lebih lucu, kawan-kawan saya ini langsung tidak sedar apa yang berlaku dalam flight tersebut malah juga tidak sedar saya kejut untuk solat subuh.
Alhamdulillah, sinar cahaya matahari itu memberi harapan, hari ini akan lebih baik dari hari semalam. Istanbul ini kami sudah datang!
Kemodenan Istanbul kami hayati dari dalam trem. Betullah apa yang telah diperkatakan oleh sahabat saya yang telah pergi, negara ini benar-benar menawan! Baru sampai sahaja kami sudah takjub melihat keunikan bandar yang pernah menjadi pusat pemerintahan Khalifah Uthmaniah ini.
Hari masih awal, masih waktu pagi dan kedai masih banyak yang belum dibuka.Seperti yang dirancangkan,hari pertama itu kami akan berada di Istanbul dan akan melawat ke Hagia Sophia (Aya Sophia), Masjid Biru (Masjid Sultan Ahmet) serta tempat-tempat bersejarah yang berhampiran.
Destinasi pertama lawatan kami adalah ke Masjid Hagia Sophia yang kini sudah ditukar menjadi muzium semenjak pemerintahan Ataturk. Masjid yang besar dan mempunyai tiga tingkat itu kami langkah dengan rasa takjub, juga penat kerana terpaksa mengheret bagasi sekali.
![]() |
| Kehulu kehilir dengan bagasi. Penat... |
![]() |
| Dari dalam Aya Sophia. |
![]() |
| Masji ini Pernah mengalami kerosakan yang teruk. Malah pernah berlaku kebakaran. |
![]() |
| Kerajaan Uthmaniah merampas Gareja ini dan menukarnya kepada masjid. Diatas bumbung itu terdapat gambaran Maryam dan Nabi Isa. Juga tulisan besar Allah, Muhammad, dan Khalifah-khalifan Islam. |
![]() |
| Bergambar kenangan didalam Aya Sophia. |
Kami bergilir-gilir naik ke tingkat atas, sebahagian dari kami akan menjaga beg di tepi tangga utama. Sementara menjaga beg dan menunggu tiga kawan lagi ditingkat atas, kami bertiga tertidur. Ha ha ha. Penjaga muzium datang, minta kami alih beg ke tepi untuk bagi laluan pada pelancong lain dan mujur dia tak marah sebab kami tidur. ( Pelancong siap snap lagi muka ntah apa-apa tu, tapi memang buat tak tahu je sebab memang penat sangat!)
Usai menghayati segala peninggalan sejarah Uthamniah di Masjid Hagia Sophia, kami melawat satu tempat yang popular dengan cerita dongeng Medusa yang mempunyai rambut yang panjang. Yerebatan nama tempat tersebut yang terletak dibawah tanah,betul-betul berhadapan dengan pintu masuk Aya Sophia. .Kami pergi ke sana tanpa dirancang. Saje nak masuk sebab kebetulan salah serorang dari kami terbaca papan tanda tentang tempat ini. Boleh klik pada link yang saya sertakan itu.Bayar ke? Bayar ler..
![]() |
| Seram-seram je masuk dalam kawasan bawah tanah ini. Siap ada muzik lagi. |
![]() |
| Kepala dongeng Medusa. Macam jadi tempat pemujaan jer sebab banyak sangat duit syiling dikelilingnya. Sebenarnya banyak sangat mitos tentang Medusa ini. tapi kami tak pula mengkaji beria sangat. |
Masuk waktu Zohor, kami hanya duduk berehat di kawasan berumput tepi Masjid Biru, sambil menanti saudara Irfan selesai solat jumaat. Mula-mula rasa sangat pelik sebab sudah masuk pukul 1 tengahari masih tidak azan.
Rupanya, waktu solat di Turkey tak sama dengan di Jordan walaupun jamnya sama. Ini bermakna kami akan berbuka puasa kira-kira pukul 8.30 malam!! (kalau musim panas di Jordan pun terkulat-kulat menunggu waktu maghrib yang masuk lebih kurang pukul 7 lebih, apatah lagi kalau masuk waktu pukul 8 lebih!)
Rupanya, waktu solat di Turkey tak sama dengan di Jordan walaupun jamnya sama. Ini bermakna kami akan berbuka puasa kira-kira pukul 8.30 malam!! (kalau musim panas di Jordan pun terkulat-kulat menunggu waktu maghrib yang masuk lebih kurang pukul 7 lebih, apatah lagi kalau masuk waktu pukul 8 lebih!)
| Suasana redup di tepi Masjid Biru, sambil memerhati kaum lelaki berjalan ke Masjid Biru untuk solat Jumaat. |
Tuhan sahaja yang tahu kan, dengan panas yang membahang. Mujur sahaja angin sepoi-sepoi bertiup yang membuatkan rasa selesa. Petang itu kami terus ke Grand Bazar untuk melihat-lihat campur beli belah sikit-sikit. Kami berada di Istanbul hanya dua hari, iaitu hari datang dan hari balik, jadi kami terpaksa memilih destinasi yang akan kami lawati dengan bijak.
| Masji Biru dari hadapan. Kawasan tempat solat perempuan dalam masjid ini kecik amat. Terpaksa bergilir-gilir untuk solat, ditambah lagi rombongan pelancong yang datang bukan sikit-sikit, satu bas. |
![]() |
| Bergambar kenangan di Masjid Biru usai solat Jumaat. |
Kata Irfan, untuk melawat di sekitar Istanbul sahaja, paling kurang seminggu atau dua minggu baru dapat memenuhi seluruh pelusuk ibu kota ini. Istanbul ada dua bahagian, satu bahagian Eropah dan satu lagi bahagian Asia. Tapi kami hanya sempat melawat di sekitar Istanbul Eropah sahaja. Kalau lihat di Wikipedia pun, Turkey adalah negara yang ke 36 terbesar di dunia.
Puasa di Turkey bagaimana? Sulit untuk bagi gambaran kalau kita katakan suasana berpuasa di Turkey, tetapi kalau kita kata puasa di Istanbul, itu sangat mudah. Orang-orang di Istanbul tak berpuasa langsung!!. Dah nama pun pergi Istanbul bahagian eropah, perangai pun ala-ala orang Eropah kan. Restoran-restoran dibuka, malah hampir-hampir tiada KOT restoran yang tutup.
| Keluar sahaja dari Masjid Biru, kami disapa oleh orang kita, Student UITM yang ambil Arkitek, mereka dari Paris dan transit seketika di Istanbul |
Orang-orang disana makan tanpa rasa bersalah langung dekat kami nie yang tengah berpuasa. Terliur tau! Hehehe. Makan aiskrimlah, minum jus yang pekat tu. Dekat tepi-tepi jalan pula peniaga menjual air mineral yang sejuk kemudian setiap kali kami lalu, pasti dihulurnya sebotol dua. Tapi kalau kita kata kita sedang berpuasa, mereka akan minta maaf. Iya, mereka makan seolah-olah bukan dalam bulan ramdhan. Sedih sungguh tengok.
Kata Irfan lagi, ada satu istilah kalau pergi ke Taksin, (kawasan sekitar Istabul juga yang penuh dengan pelacur dan pondan serta kaki-kaki arak. )
Orang-orang Turkey akan cakap, ‘‘ Ramadhan tak pernah datang ke Taksin ’’ – Punyalah nak cakap yang tempat itu memang takde orang yang berpuasa. Botol arak pun sana sini. Malah sangat sukar mahu mencari kedai yang tidak menjual arak.
Tapi jangan pula salah sangka dengan orang Turkey. Sungguhpun rasa sangat sedih melihat rakyat ini, dan negara yang pernah menjadi pusat kegemilangan islam satu ketika dahulu, saya tetap berpendapat rakyat Turkey jauh lebih baik dan lebih beradab malah lebih bersistem dan berdisiplin dalam kerja. (boleh tengok Perdana Menteri Turkey sendiri). Dan orang-orang Turkey cantik-cantik serta errkkk…. hensem-hensem! (tak tipu orang-orangnya hensem!)
Kami juga diberitahu, kalau dimasjid-masjid pun, setiap kali solat, ramai anak –anak muda yang akan mengimarahkan masjid untuk solat berjemaah bersama. Kalau dekat Malaysia, ramai pak cik-pak cik yang tua sahaja memenuhkan saf. Anak-anak muda yang masih kuat memang malas nak datang masjid walaupun dekat.
| Suasana dalam Grand Bazar |
![]() |
| Ada beribu kot kedai disini. Grand Bazar ini mengingatkan saya pada Suuq Hamidi di Syiria. |
![]() |
| Sempatlah kami beli t-shirt disini yang popular dengan tulisan I Love Istanbul tu.. =D |
Selesai beli barang d Bazar, selepas Asar kami terus ke Masjid Yeni Camii. Masjid ini betul-betul menghadap jambatan Galata (Galata Bride). Serius, cantik amat! Tepi-tepi jambatan itu tempat lepak kaki-kaki pancing.
Sebelum berbuka, kami melawat ke Spice Bazar (Misir Carsisi).Bazar ini banyak menjual pelbagai rempah ratus masyarakat Turkey dan perlbagai lagi makanan kering. Mereka juga ada lada kering yang sudah dibland macam kita tau.
Sebenarnya kami akan makan di kedai-kedai yang betul-betul bersih dari sebarang syubhah tapi disebabkan jauh dan sudah tidak larat untuk berjalan, kami pilih untuk berbuka puasa di restoran berhampiran dengan Masjid Yeni Camii ini lagipun sangat sukar untuk mencari restoran yang betul-betuk tidak menjual arak.
Kami juga diberitahu, kebiasaannya kalau restoran yang bersih dari sebarang Syubhah itu, pemiliknya orang-orang jemaah. Ala-ala NGO di Malaysia lah lebih kurang. Malah, biskut jenama Ulker yang kita makan di Jordan pun orang jemaah yang hasilkan, jadi tidak timbullah masalah syubhah atau tak. Terfikir juga, kan bagus semua produk-produk yang halalan toyyiban ini diimport ke Malaysia, pasti demand tinggi.
Disebabkan kos hidup dan harga barang di Turkey sangat tinggi walaupun matawangnya lebih rendah dari Jordan, kami hanya makan ala kadar sahaja. Masyarakat Turkey tak banyak pilihan makanan. Mereka hanya popular dengan kufteaih dan syourbah (sup yang diperbuat dari susu masam.). Sama sahaja rasanya di Jordan dan Mesir.
Ketika berbuka puasa, kami hanya pesan sepinggan nasi dan kuftaeih . Kasihan kawan-kawan saya yang jenis ‘perut kampung’ ini. Bila berbuka, nasi menjadi makanan wajib. Namun,disebabkan harganya yang mahal, dengan sepinggan nasi itu kami berkongsi.
Malah sepinggan nasi itu, sangatlah sedikit kalau nak dibandingkan dengan sepinggan nasi di Malaysia. Mujur juga roti dan kurma diberikan percuma.
Bahasa perantara masyarakat Turkey adalah Turkish. Dan mengikut apa yang diberitahu, lebih kurang hampir 95% ( mungkin lebih dan mungkin kurang) dari bahasa Turkish datangnya daripada bahasa arab. Turkey juga ada berpuluh-puluh bangsa berbanding dengan kita rakyat Malaysia. Dan masyarakat Turkey sendiri mengalami krisis identiti akibat pencampuran bangsa.
![]() |
| Kesiannya kawan-kawan saya ni. Asal berehat je, mesti terlelap sekejap. Ini depan Yeni Camii. Orang lalu lalang pandang aje, tapi buat-buat tak tahu je... |
Orang-orang di Istanbul Eropah pula sangat berbangga dengan diri mereka. Mereka merasakan mereka juga berbangsa Eropah seperti orang Eropah yang sebenar dan segala kemajuan dan kemodenan perlu bertuhankan orang-orang Eropah.
![]() |
| Pemandangan dari dalam Yenii Camii. Masjid hanya dijadikan tempat lawatan. Tempat kajian kesenian. Bukan lagi tempat ibadah. |
Doktrin yang telah disemai sekian lama dari oleh Si Ataturk ini memang memberi kesan yang besar kepada rakyat Turkey sampai berlaku krisis identiti bangsa tersebut. Itu belum lagi kalau kita ceritakan tentang bangsa-bangsa Kurdish. Menurut Irfan lagi, orang asal yang menetap di Turkey, mereka mempunyai mata yang sepet seperti orang China kerana asalnya orang-orang dari Uzbakistan (betul ke yer.. tak ingat dengan tepat nama negara tersebut tapi kalau perasan pada gambar Sultan Al-Fateh, matanya sepet!)
Banyak lagi sebenarnya Irfan ceritakan kami tentang Turkey dan sejarah kerajaan Turkey Uthmaniah, tetapi disebabkan penat ditambah dengan perut yang menyanyi-nyanyi kecil, kami lebih banyak mendengar dan bertanya tanpa mencatat. He he. Anda boleh baca di google dan wiki kot. =)
![]() |
| Bersebelahan Yenii Camii, orang ramai beratur panjang untuk mengambil juadah berbuka yang disediakan secara percuma. |
Usai berbuka, kami solat maghrib dan isyak di Masjid yang sama. Kami diberitahu terawikh di Turkey ditunaikan dengan 20 rakaat, namun dalam masa setengah jam sahaja sudah selesai. Apabila usai solat Isyak, mereka terus bersolat terawikh. Yang jadi lucunya, mereka baca surah Al-Baqarah ayat satu hingga lima dalam empat rakaat sekaligus dan Surah Al-Fatihah dibaca dengan satu atau dua nafas.
Ini bermakna, untuk satu rakaat, selepas membaca surah Al-Fatihah dan Surah Al-Baqarah ayat satu dan dua, imam terus ruku'. Mula-mula dengar memang macam tak percaya, tapi bila tengok sendiri, rasa nak tergelak je. Adeih, tak baik betul gelak!
Ini bermakna, untuk satu rakaat, selepas membaca surah Al-Fatihah dan Surah Al-Baqarah ayat satu dan dua, imam terus ruku'. Mula-mula dengar memang macam tak percaya, tapi bila tengok sendiri, rasa nak tergelak je. Adeih, tak baik betul gelak!
Memang mengah nak mengejar. Itu yang menjadikan solat mereka cepat habis tambah-tambah lagi tiada duduk diantara dua sujud.Mereka juga tiada selawat yang panjang-panjang seperti Masjid di Malaysia, tetapi mereka akan ada sesi tazkirah pendek dan selawat ke atas nabi apabila selesai solat.
Malam itu,kami akan bergerak ke Bursa dengan menaiki bas. Lepas solat terawikh, kami terus berjalan kaki mengheret bagasi, menaiki tren dan turun naik tangga banyak kali. Lebih kurang dua puluh minit atau setengah jam juga berjalan, sampailah ke stesen bas tetapi salah stesen pulakkk. Berjalan lagi dalam lima minit.
Pukul dua belas malam, baru bas bergerak ke Bursa yang memakan masa lebih kurang empat jam. Dalam bas kami memang tidur tanpa sedar apa-apa. Ya Allah, memang penat sungguh !Dalam pukul tiga pagi, bangun sahur untuk alas perut. Ketika itu, bas sudah berada didalam feri. Memang tidak sedar langsung bila bas menaiki feri. (Naik feri ala-ala nak ke Port Said di Mesir.)
Kami turun ke dek feri dan bersahur di tengah-tengah laut itu. (tak tau laut apa). Angin dingin laut bertiup kuat sampai ke tulang membuatkan selera kami mati untuk makan, tapi bila kenangkan jauh lagi perjalanan, dan lambat lagi waktu berbuka, kami paksakan diri untuk makan roti yang sudah keras lebihan berbuka tadi. Oouhh….
Bersambung...
* Lelahnya nak menghabiskan episod dua ini. Harapnya ada yang tinggalkan komen untuk betulkan maklumat-maklumat yang salah. Nak kritik pun boleh. Saya sedia terima kritikan.
* Saya mintak maaf sangat-sangat sebab tinggikan suara ketika kejadian tertinggal tiket itu. Memang saya ingat lagi muka sape yang saya pandang masa tengah marah tu, dan saya boleh bayangkan lagi terkejutnya dia bila dengar saya marah!
* Hari pertama di Turkey memang agak memenatkan. Dan perjalanan dirasakan sangat panjang. Ditambah dengan musim panas dan berpuasa, kalau ada peluang untuk rehat, memang mata kami asyik terlelap aja.
* Saya mintak maaf sangat-sangat sebab tinggikan suara ketika kejadian tertinggal tiket itu. Memang saya ingat lagi muka sape yang saya pandang masa tengah marah tu, dan saya boleh bayangkan lagi terkejutnya dia bila dengar saya marah!
* Hari pertama di Turkey memang agak memenatkan. Dan perjalanan dirasakan sangat panjang. Ditambah dengan musim panas dan berpuasa, kalau ada peluang untuk rehat, memang mata kami asyik terlelap aja.
* Tulisan ini dari kaca mata saya, dari kaca mata sahabat-sahabat yang pergi sekali, saya tak tahu. kalau sudi, tinggalkan lah komen, baru saya tahu apa yang ada dalam fikiran anda.
* Kawan-kawan yang pernah pergi juga, boleh tinggalkan komen. Takdelah saya rasa macam bercerita sorang-sorang. hehe
Ismiizzah.
20.10.2011 ( Genah dua bulan tinggalkan Jordan)
Ruamh - Hujan



























.jpg)
5 comments:
berjalan mmg byk sgt dugaan...mmg time nie erti persahabatan sgt teruji..:) time nie lah nk kenal btol sahabat kita kan..:)
pengalaman kami pon lbh kurangla...:) bca kat blog mardiah, travel kami ke turki..
dan skrng sgt rindu! huhuhu~
cptla sambung
saya da gi da...ponat gile kak...tp tido umah kwn so xde la prob sgt mkn..hoho
cite gi turki je ke de..?cte len..?
tumpang seronok dengar korang selamat pergi selamat balik. kiranya tak sangka rupanya aku takde keje tak tidur malam tu rupanya berhikmah. hehe.. Ingatkan apa benda la malam2 buta pukul 12 call, rupanya nak mintak tolong. Nasib baik takde murakib nampak kitaorg keluar, kalau tak jenuh kena sound. ^_^
caya la keep writing andak..
p/s statement mkn rakus dasyat kott..mlm nk g tu mmg kenangan pling x bleh lupa.dlm kepala cinul & nudra la hero yg ada kt irbid huhu
K.Eni... orang tak habis mengah lagi tulis dah suruh sambung.. huu. Betul kan, travel buat kita lagi sayang kawan2 kita..
Alif = Tidur rumah kawan, jimatlah sikit kan.. Saya takde cerita yang best2 lah.. ini je citernya...
ainul = Ainul, hang memang jadi hero kamilah.. heheh kalau kena sound dgn murokib, ko sound dia balik... hihi
joja - alolololo,joja marah yer cakap aku je yg jaga dalam flight tu.. mana lah aku tau ko pon tak boleh tidor.. sebb tu aku suruh ko komen.. hehehe
ja, sebenarnya bila aku baca balik, aku pun rasa perkataan tu tak sesuai, tapi biarlah.. hahaha
Post a Comment