Monday, October 10, 2011

Bulan dan Bintang



   Tengoklah bulan dekat luar, cantik.. 



 Tapi saya takde balkoni nak tengok, Hehe



 Eh, Bulan cantik ke?



 Cantik, macam yang orang katalah. Hehe,
 Hmm saya cantik tak?



 Awak? Cantik jugak, orang katalah. Hehe  Cantik macam bulan! Kalau akhlak baik, mesti lagi cantik dari bulan tue.



 Oh,, iyerk? Tapi saya tak nak cantik macam bulan.



Aik, kenapa tak nak cantik macam bulan pulak? Habis nak cantik macam siapa?



Saya nak cantik macam bintang.



  Sebab?



Sebab, bulan waktu dia penuh sahaja baru orang perasan yang dia cantik, tapi sebenarnya orang kata kalau pergi dekat-dekat bulan, dia bukan cantik sangat. Indah dari jauh je. Kadang-kadang aja dia datang.  Hehe.



Oh.. gitu, habis kenapa nak cantik macam bintang?



Bintang sebab selalu bersinar! Dia selalu ada walaupun orang jarang cakap pasal cantiknya bintang. Saya nak jadi macam tu lah, saya nak jadi ‘yang sentiasa ada’ untuk teman malam yang sunyi, walaupun tak cantik macam bulan yang kadang-kadang sahaja dia datang untuk tunjukkan kecantikan dia. Saya nak jadi macam bintang, yang selalu ada walau susah dan senang. Yang selalu bersinar  tanpa jemu  walaupun ramai yang tak sedar.  

Yang saya tahu, orang selalu lupa, bintanglah yang selalu teman langit. Bukan kadang-kadang, bukan jarang-jarang. Tapi selalu.  Saya rasalah kan, mesti langit pernah kata pada bintang,  '' I Can't Smile  Without You". Hahaha.


Macam-macam lah awak ni.




2 comments:

niey said...

amboila.........

Anonymous said...

lagi2x epat la smbung hehe