Thursday, October 06, 2011

Bandar Lagenda


Bismillahi Ar-Rahman Ar-Rahim


Rintik hujan daun kebasahan
Kenangan lalu, diarus rindu
Malam gelap zulumat
Yang menutup  sinaran
Kemarau hati semakin menyilu ..


La.. la.. la.. la.. la…


Saya menyanyi –nyanyi kecil, mengikut rentak lagu nyanyian Mestika itu. Hari ini masih lagi hujan. Saya perasan, sudah hampir dua minggu, tiap-tiap petang hujan pasti akan turun. Bermula selepas asar, dari pukul empat lebih, sehinggalah ke tengah malam. 


Hujan-hujan begini selalu sahaja mendatangkan ilham untuk menulis. Catatan Turkey masih lagi suku perjalanan. Saya memang mahu sambung lagi, InsyaAllah, sikit lagi boleh disiarkan.


Minggu lepas, saya ke bandar itu, bandar lagenda.  He he, sengaja saya namakan bandar lagenda walaupun bukanlah berlagenda sangat pada orang yang sudah menetap disana. Dua tahun tidak bertemu, saya jadi terkejut dan agak jakun melihat pembangunan yang semakin pesat. Bandar ini sudah semakin banyak yang berubah.


Bermukim selama tiga hari dua malam disana, saya dan tiga lagi sahabat pergi ke tempat-tempat yang selalu menjadi rutin kami.  Kami bermalam di rumah Asma’ di Sungai Isap.  Selepas Asar, terus ziarah ke rumah Ustaz Kamil. Melihat  Aisyah Humaira yang sudah hampir tiga tahun, juga gelagatnya yang sangat cerdik dan comel.  Bersembang lama dengat ayahnda seorang ini. Banyak yang dinasihatkan sampai otak menjadi sangat tepu. Iyalah, datang  kira-kira pukul 6 petang, hampir 9.30 malam baru kami pulang.


Ustaz bagi nasihat. Macam-macam nasihat. Dari soal kerjaya, sehinggalah ke soal  mencari pasangan. Ehemm.  Pulang sahaja dari perumahan ustaz, kereta terus meluncur laju ke Restoran Zuzana.  Memang itu yang sudah lama diidam-idamkan sangat. Lagipun terlanjur berjanji dengan K.Shida, tempat itu memang stategik ditambah lagi dengan kami yang masih belum makan.


Macam biasa, saya terus order menu lama. Ha ha. Kawan-kawan juga begitu. Seperti orang  membalas rindu gayanya. Bukanlah enak sangat masakannya, namun tempat itu memang selalu jadi tempat lepak kami tatkala sesekali mahu makan  yang luar biasa untuk  lepaskan tension, tekanan dari exam.


Sembang punya sembang,  sempat lagi tambah order =p. Memang tidak cukup beberapa jam itu untuk  menceritakan segala yang berlaku dalam tempoh dua tahun. Kami mengikat janji mahu bertemu lagi dengan K.Shida..


Pagi esoknya, kira-kira jam sepuluh pagi, terus  bergerak ke rumah Us Mahyuddin. Ops, Dr Mahyuddin, terlupa, sudah ada pangkat yang mengiringi. Berlama-lama juga di rumah ustaz. Macam-macam yang dinasihatkan, juga tentang masa hadapan dan hala tuju selepas ini. Sempat juga bertemu dengan Ustazah Husna disitu, hajatnya mahu mengikut beliau pulang kerumahnya, namun beliau ada perkara yang perlu diuruskan.


Malam sabtu itu bermalam di rumah sewa K.Shida di Indera Mahkota 6.  Petang sabtu itu, kami ke Pantai Sepat memandangkan Aida mahu bertemu kakak angkatnya di kampung berhampiran situ. Lalu ditinggalnya kami bertiga di pantai.


 Berkunjung ke  Kuantan kali ini seperti mahu lunaskan segala hajat-hajat yang selalu ‘mengidam’  ketika di Jordan dahulu. Kami beli Sata, pisang goreng, keropok lekor  juga keropok tak lekor, dan untuk minuman, air kelapa. Huhu. Hanya bertiga tapi belinya sepeti mahu makan lapan orang.


‘’ Awak ni perut apa Zatiey. ‘’ – Perut gajah. Hahaha


Dan kami bersila diatas pasir, betul-betul  tengah pantai, mengadap laut. Sambil makan sambil  bercerita. Segala-galanya, tentang masa depan, juga kisah-kisah ketika di Jordan dahulu.

 
Sunyi ke Kak, kawan-kawan semua dah kahwin? Sedih yer.. Saya menembak dia.


Hmmm, ada pernah satu masa tu, rasa macam nak menangis. Rasa kehilangan selepas dia kahwin.  Iyalah, takkan nak ganggu privasi dia walaupun dia kata takkan putus sahabat.


Akak bila lagi. Haha saya tembak lagi.


Awak?  Dia menjawab dengan soalan dengan soalanl.. Ha ha  saya gelak besar. Entoohhh.. Itu jelah jawapannya.


Kami makan dan sembang, sampailah hari hampir gelap. Aida menjemput kami betul-betul ketika azan maghrib.  Saya mengajak mereka pergi ke Megamall, mahu meliha-lihat buku. Hihihi. Bukanlah lihat sahaja, melayang juga hampi RM40.


Malam seperti masih muda. Perut juga seperti tak reti bahasa.  Kami makan lagi. ( Makan lagi kan. ish,ish,ish) Kali ini destinasi di Terminal Makmur, ada yang teringin sangat makan mee celup walaupun perut sudah sakit. Terminal makmur  juga sudah berubah sikit-sikit, tak seperti dua tahun dahulu. Aduh, nostalgia betul.


Bersembang punya pasal punyalah tidak sedar, sampai rumah baru perasan. Rupanya kereta salah parking. Dapatlah ‘surat cinta’ dari Majlis Perbandaran. Rajin betul, malam-malam pun buat ‘kerja’.  


Malam itu, kami tidur hampir jam dua pagi. Sedap sangat bersembang. Hah, nama pun perempuan.  Hari ahad itu, singgah sebentar  di Ulu Jempul menghantar Atikah disana sebelum Aida menghantar saya ke rumah, betul-betul hampir 10 malam.


Sakan berjalan, sampai demam sebab terkena hujan. Sejak akhir-akhir ini, walaupun hujan boleh dikatakan tiap-tiap hari turun, tapi saya pantang kena sikit sudah selsema. Barangkali fizikal masih tidak biasa dengan iklim di Malaysia.


Kuantan. Bukanlah nostalgia sangat pun. Namun  hampir tiga tahun bermukim di bandar itu, sedikit sebanyak ada rasa sayang.  Juga Temerloh , ketika merewang-rewang seorang diri buat kali pertama selepas dua tahun , saya sesat mahu mencari pejabat Celcom. Hehe, di tempat sendiri pun masih boleh sesat.


Sebenarnya bukanlah mahu  lupa pada tanah-tanah yang menjadi saksi jatuh bangun ini, namun bila kaki telah melangkah pergi jauh, sudah dinekadkan dalam hati, perlu jatuh cinta pada tanah yang baharu pula.


Hujan masih lagi berintik-rintik kecil. Real Player terus sahaja memainkan  lagu-lagu yang sudah disetkan. Mulut pula mengikut sahaja rentak-rentak yang didendangkan walaupun sesekali tersalah. Emak akan pulang dari  kursus empat hari pada hari esok.


Yah, esok pasti akan lebih segar. Hujan sudah membasahi bumi. Membersihkan segala kotoran-kotoran dunia.  Dan saya percaya esok masih ada cahaya!


Oklah, mahu beransur dahulu. Tiba-tiba teringat ada keropok lekor dalam peti. =D





Ismiizzah,
9.00 p.m
6 Oktober 2011
Rumah

0 comments: