Bismillahi Ar-Rahman Ar-Rahim
Kira dua-dua minggu lepas, 15 oktober, sekali lagi saya dan kawan-kawan diraikan dalam satu majlis Graduasi anjuran Kolej Ikip dan Yayasan Pahang.
Walaupun diraikan untuk kali kedua, perasaannya tetap sama lebih-lebih lagi dengan kehadiran keluarga. Saat nama disebut, saya tahu emak dan abah sedang memandang saya dari bawah. Dan perasaan itu tak boleh nak gambar bagaimana! Ketika konvo di Jordan dulu, ketika nama saya disebut, memang ada rasa sebak sebab teringat pada emak dan abah sambil membayangkan kalaulah emak dan abah ada bersama ketika itu.
Emak dan abah, terima kasih. Kasih sayang emak dan abah tak mampu andak balas. Walaupun keputusan andak bukanlah cemerlang sampai disebut-sebut nama, tapi emak dan abah tetap juga ucap tahniah. Pengorbanan emak dan abah yang paling besar adalah dengan meredhakan andak pergi jauh sampai mampu andak buka mata melihat dunia lain.
Andak nak jadi anak solehah dan permata untuk abah dan emak! Emak dan abah doakan kejayaan anda yang seterusnya yer. Cinta emak dan abah sangat-sangat.
Masa emak hulur bunga, andak ingat andak tak nangis. Rupanya mata andak memang tak pandai menipu dari dulu lagi kan...alah, air mata emak pun keluar jugak!
Terima kasih untuk K.Chik, Adik bam-bam, dan K.Ngah. Yang paling best, lepas tu kita makan seafood banyak-banyak dekat tanjung lumpur, besoknya mata bengkak sebab alahan. huui.
Tahun depan, kalau K.Ngah konvo master, bubu dah ada kan.. Alang kena ambik cuti ok. Boleh kita tangkap gambar satu keluarga. Yang lagi best, bubu mesti dah besar kan... =)
* Hari ini K.Ngah buat cheese tart. memang meletop. Dan emak masakkan nasi himpit seba takut K.Ngah tak sempat nak makan masa raya haji nanti. K.Ngah makan nasi himpit raya india. keh99
* Mak andak tak sabar nak tunggu baby small keluar......
* Tengah sambung Hatirasay Turkey 3, sila sabar ok.
* Hari khamis ini, anak-anak akan periksa. Semoga dapat jawab elok-elok yer anak-anak.
Ismiizzah.
rumah
25.10.2011
Semarak Cinta
3 months ago
.jpg)
0 comments:
Post a Comment