Saturday, October 01, 2011

Jumaat

Jumaat tiba lagi
Sedang kita masih lagi
terbuai-buai asyiknya dunia.

Hujan petang jumaat
malamnya yang segar
moga mampu
membersihkan noda dosa.

Jumaat mahu pergi
tapi kita masih begini
sedang hari jumaat ini
bukankah
hari
segala hari.

Kalaulah kekasihNya itu
masih ada,
Dan melihat kita masih leka
dalam jumaat yang sudah pergi,
Hancurnya hati!


 يا ربي  قد غفلنا وكلنا طمع
في عفو
وفي كرم
 وفي اعتاق
وجنة مع سيد البشر
ندعوك
ندعوك ربي من الأعماق
 
Dari kami yang lalai juga leka,
Kami tamakkan keampunanMu, juga sifat pemurahMu
Dan kebebasan daripada nerakaMu,
Juga kami harpkan syurga bersama-sama penghulu seluruh manusia,
 Kami Rayu..
Rayu, padaMu tuhan.. 
Dari sudut hati kami yang paling dalam .....




* Rindu, rindu jumaat di Jordan. Pada Syeikhah Iman, pada Huda, A'sim juga Maryam. Bahkan pada Ummu A'mir.






Ismiizzah,
8.05 a.m (waktu Jordan)
1.05 a.m
30 Sept 2011
Rumah.

0 comments: