Lama yer saya tidak menulis.Alhamdulillah, baru hari ini kesempatan itu datang. Setelah hampir sebulah lebih berada di bumi Irbid ini.
Tiba-tiba hati saya jadi sangat rindu pada abah. Bukan tidak rindu pada emak tetapi kesempatan untuk berbual dengan emak lebih lagi dari abah yang kini berada di Mekkah untuk menunaikan haji.
Teringat saya sewaktu dua hari sebelum abah berangkat ke tanah suci, dua kali abah telefon dari Malaysia. Saya yang ketika itu sedang tidur sangat terkejut. Kenapa abah call? Lantas apabila saya menelefon abah semula,abah hanya ingin bertanya ...
-dah belajar ke?
-sekarang pukul berapa?
-tengah buat apa?
Abah! hanya itu yang ditanya...Dan untuk kesekian kali terasa air hangat mengalir dipipi..Ya Allh, saya rindu abah..
Kata abah sebelum berangkat..
"andak nak jadi pegawai shariah dekat bank ke?"
-abah, tu besar sangat..orang nak jadi biasa-biasa sahaja..abah doakan andak yer..
Abah di kaca mata saya..
- seorang abah yang tidak banyak bercakap dan pada pengamatan saya, mungkin kerana abah orang matematik..dan dalam kepala abah ada banyak nombor-nombor..
- Abah sangat suka berkebun.Setiap kali abah ajak untuk menolongnya, saya lebih sayangkan tidur dan hati saya akan berbisik "alamak,panas nanti muka hitam" (maaf abah)..ubi keledek,kangkung dan seegala jenis tanaman..
- Abah jarang tengok tv. Rancangan yang abah selalu tengok, mari mengaji, mari bertarannum...dan yang seangkatan dengannya.
-kebiasaan selepas abah balik dari solat jemaah maghrib isyak di masjid, abah akan mengaji atau masuk kedalam bilik untu baca buku.
-Abah sangat suka makanan kampung. sambal untuk abah perkara wajib. Abah yang ajar untuk makan ulam dan sayur-sayur..abah suka makan gulai lemak dan dalam seminggu 2 atau 3 kali.tapi abah jarang sakit..
-Abah suka letak buku yang dibaca dekat tepi bantal..(errk macam saya..)dan setiap kali buku hilang abah akan persoal siapa yang ambik buku abah..
-Kata emak, abah seorang yang skema..hehe (patut dapat emak.._)
-ketika SPM, semua subjek abah dapat pangkat satu kecuali sastera..
Abah..
-mintak maaf sebab tak minum air milo yang abah buat masa andak dalam UPSR dulu..
-mintak maaf sebab selalu menangis dan merajuk tak nak naik bas untuk balik ke asrama masa sekolah menengah dulu.
-mintak maaf sebab kalau abah suruh buat kerja selalu lambat-lambat.
-mintak maaf sebab tak dapat A untuk matematik dan matematik tambahan masa SPM
-mintak maaf sebab selalu tak buat latihan yang abah suruh buat
-mintak maaf sebab masak tak sedap untuk abah masa cuti dulu.
-mintak maaf sebab kalau abah tanya semua tak pandai dan tak tahu.
-mintak maaf sebab tak kenal ulam-ulam yang abah tanam
-mintak maaf sebab pernah ambik duit dalam poket abah tanpa izin masa kecik-kecik -
-mintak maaf sebab tak dapat pointer tinggi-tinggi.
Banyak sangat salah andak pada abah..
Andak mintak maaf segalanya..halalkan segalanya.
abah yang terbaik untuk andak dunia akhirat..
Moga segala amalan dan haji abah diterimaNYA..
Abah, selamat hari lahir yang ke 55 (1/11/1954)

(kawan-kawan sekolah pernah cakap muka saya macam abah..yeke??)
.....................................................................................
Jom jalan-jalan tengok Jamiah Yarmouk..

peta kawasan jamiah..

kuliah Shariah..

Maktabah Jamiah Yarmouk..

Depan pintu masuk maktabah

Jom masuk kelas..

Inilah kelas saya dan sahabat-sahabat..

Kuliah Shariah, Qism Iqtisod wal Masorof Islamiah

Kuliah Shariah..

Jamiah Yarmouk dari atas..(dipenuhi dengan pohon-pohon zaitun)

erk..apa yer nama dia??

sakan janubi Jamiah Yarmouk.. (inilah tempat tinggal saya di tingkat satu
Sekian sahaja dari saya untuk post kali ini..
ismiizzah
0712 a.m
Bayt Andaleep
*Sudah masuk fatrah imtihan..
Doakan agar semuanya khair..
*Shita..oh sejuknya..
*erkk.. Hepi Belated Birthday..2709!
.jpg)

1 comments:
salam..
selamat belajar yer dibumi irbid.:)
Post a Comment