Bismillahirrahmanirrahim....

Dapatkan Mesej Bergambar Di SiniAlhamdulillah... Bersyukur dengan kedatangan syawal selepas kita berjaya mengharungi dugaan di bulan puasa dan diharapkan agar kita dapat lagi bertemu dengan ramadhan yang seterusnya.
Sebentar tadi, kira-kira jam 10.30 malam, saya bersama keluarga baru dapat merehatkan diri.Syukur, aidilfitri disambut secara sederhana tetapi meriah memandangkan rumah saya menjadi pusat sanak saudara berkumpul.
Untuk syawal yang menjelma ini, saya dan sebilangan sahabat bakal bermusafir ke dataran Sham, bumi Urdun.Penerbangan dijadulkan pada 22 September 2009, 3 Syawal 1430H dari Kuantan jam 06.55 ptg ke KLIA dan pada 23 September 2009 dari Kuala Lumpur ke Dhoha jam 3.35 a.m., transit lebih kurang 7,8 jam, kemudia waktu Dhoha jam 1.05 p.m berlepas ke Amman Jordan.
Terasa detik berangkat semakin menghampiri.Tiba-tiba saya merasakan.. ahhh saya masih tidak bersedia (ntah bila nak sedia tak tahu), saya masih tidak fasih berbahasa arab, saya masih kurang mahir dalam membaca isi penting kitab-kitab arab..
aghhh.. apa yang dilakukan dalam 3 bulan yang lepas?? Ya Allah.. betullah kita kadangkala suka membuang masa..
Sehari sebelum aidilfitri, saya menghubungi Ustaz Kamil dan Ustazah Husna.. Merekalah yang banyak membantu semasa di IKIP.. Teringat pesan Ustaz Kamil.. Katanya "Awak nak takutkan apa,tue dah ada orang balik pon.. selamat jer..kalao tak pandai nak cakap arab, nanti sampai sana pandailah, kena banyak bergaul dengan orang arab..".. Ustaz berbasi-basi. Pandai Ustaz guna psikologi untuk kurangkan kebimbangan saya.(Ustaz titipkan salam untuk sahabat yang akan terbang bersama)
Manakala pesan Ustazah Husna pula.. "awak jangan risaulah.. kena banyak bergaul dengan orang arab, lepas tu kena pandai nak survive hidup. Jangan nak duduk dalam zon selesa saje.. kebanyakan orang-orang yang cemerlang nie, mereka tak pernah duduk dalam selesa..kena susah payah sikit...memang duduk dengan rakan-rakan sekepala kita selesa, tapi kadangkala cuba bergaul dengan orang lain.."
Saya petik kata-kata mereka untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat yang lain..
TETAMU DATARAN SHAM 
Untuk sahabat semua.. saya titipkan pesanan berharga untuk kita hayati bersama..
TETAMU DATARAN SYAM
Tetamu di Dataran Syam ini
Harus gagah seperti Abu Ubaidah
Tanah yang gersang disuburkan
Dengan darah jihad dan jiwa pahlawan
Di celah pohon zaitun yang rendang
Bersemadi Syuhada’ pahlawan Islam
Menanti dan terus menanti
Hadirnya barisan waris perjuangan
Medan ini medan yang susah dan payah
Sesusah Medan Mu’tah di puncak sana
Dan penghuninya juga harus gagah
Segagah Kota Karak perakam sejarah
Di sinilah kau akan membina jiwamu
Jiwa pembela maruah agama
Berbekalkan ilmu berpandukan iman
Islam pasti akan kau merdekakan
Ketibaanmu adik-adikku
Kusambut dengan seribu pengharapan
Agar kau menjadi insan berilmu
Dan pembela nasib agamamu
Hatimu perlu cekal dan tabah
Sesabar tiga Sahabat Rasulullah
Jiwamu perlu subur dengan iman
Sesubuh Dataran Syam bertuah
Kita diajar cintakan kematian
Bagai musuh kita cinta kehidupan
Maka di Bumi Isra’ ini tempatnya
Kau mengenal jihad dan perjuangan
Tetamu Dataran Syam engkaulah harapan
Untuk ummah melihat masa depan
Sebagai Ulama’ sebagai pejuang
Islam pasti akan kau merdekakan
Selamat Datang Tetamu Dataran Syam
Lagu / Lirik / Nyanyian : Hasrizal Abdul Jamil
Persembahan: Usrah al-Firdaus
Album: Gemilang 1995
*Dipetik dari saifulislam.com
Untuk sahabat semua..Selamat bermusafir. Semoga kita tabah akan segala dugaan yang bakal menanti tiba.
Untuk semua saudara mara dan jiran tetangga, terima kasih atas doa kalian untuk saya.Terima Kasih atas duit raya walaupun saya bimbang kerana duit raya itulah terselit harapan yang menggunung untuk cemerlang, bimbang tak dapat ditunaikan..
Untuk mak,abah,abg Long,kak Long,kak Ngah,abg De,kak Lang,achik,abg Am dan Adik..
Miktam dan Piktam serta Wan ku yang tercinta. Terima kasih sangat-sangat..Tolong belikan barang,kemaskan barang,belanja itu ini.. Doakan andak selalu.. Andak sayang semua.. Jangan sedih takde andak nak tolong jemur dan lipat kain dah lepas nie.. Hehe
Dikesempatan ini, saya memohon kemaafan segala kesilapan kepada sesiapa yang mengenali diri saya walau dimana sahaja anda berada. Sambutlah aidilfitri dengan penuh kesyukuran dan penuh ketaatan dalam rahmatNYA...
** ismiizzah,
baiti jannati, 1.35 a.m.
*Doakan kesejahteraan perjalanan kami..
*Cuaca di Urdun bakal mengalami shita... dan saya tiba-tiba bimbang kesihatan diri..
Doakan segalanya Kheir..InsyaAllah